CaMaR : A Journey to be better muslims



Post Muktamar - day 1

Please leave a comment, so far 0 comments

Seperti biasa, post muktamar dinanti-nantikan semua peserta dari MISG.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan.
Setelah qiam malam, kami solat Subuh. Setelah itu, Ustaz Haris menyampaikan lecture yang interaktif membolehkan semua mata-mata terbuka luas.

Setelah itu, kami sarapan sambil berta'aruf untuk lebih kenal antara satu sama lain. Pelbagai soalan yang mencuit hati ditimbulkan oleh para peserta. Setelah itu, brothers memenuhi meja pingpong untuk aktiviti bebas. Ada juga yang bermain Foosball dan tidak kurang bermain golf bagi mengisi masa terluang.

Kemudian mesyuarat bagi setiap lujnah yang bersambung sehingga selepas solat Zuhr. Selepas solat Asr, kami mengadakan pembentangan oleh setiap lujnah berkenaan perancangan mereka untuk tahun 2006. Setelah solat Maghrib, kami makan malam dan setelah solat Isha', kami memilih Ameer dan Ameerah untuk STC dan Muktamar 2006 serta memilih lokasi untuk ISR dan IFR pada tahun hadapan.

Jadual untuk keesokan harinya ialah snowboard ataupun ziarah mengikut kesesuaian dan mesyuarat setiap kotijen universiti. Bagi kontijen Case-Osu, kami terpaksa pulang awal kerana dijadualkan menghantar kereta sewa jam 1100 pagi di Columbus. Kami bertolak pulang jam 1200 malam dan selamat tiba di Case jam 600 pagi. Selepas solat Fajr di Masjeed Uqbah, brother Baidhowi bertolak pulang ke OSU.

Kenangan bersama sepanjang Muktamar 2005 menjadi ingatan selamanya...

---tamat---



Muktamar berakhir hari ini. Selepas solat Fajr, para peserta bersiap-siap untuk acara penutup pada jam 900 pagi.

Tepat jam 900 pagi, majlis penutup dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Haris Bain dari Malaysia. Seterusnya ucapan daripada brother Amang, diikuti dengan ucapan daripada brother Mus'ab Abdul Razak. Kedua-dua mereka merupada Ameer Muktamar bagi pihak IMSA dan MISG. Ustaz Haris mengakhiri Muktamar MISG-IMSA dengan bacaan du'a.

Selepas itu kebanyakan para peserta bersiar-siar di sekitar Washington DC. Ada yang sempat ke kedutaan besar Indonesia untuk makan tengah hari manakala kontijen Penn State berehat di rumah Ustaz Zaki Husin.

Aktiviti pada malam itu hanya mesyuarat pimpinan MISG manakala peserta lain berehat di kamar masing-masing.



Seperti semalam, muktamar dimulakan dengan Qiam bermula jam 500 pagi. Jumlah kehadiran berkurangan berbanding semala, mungkin kerana keletihan. Namun menghampiri jam 600 pagi, semakin ramai yang turun bersedia untuk solat Fajr. Saudara Abdullah DIn Suhaimi dari Penn State menyampaikan tazkirah bertajuk: "Urgensi mencari Teman dan Lingkungan (Bi'ah) yang Islami. Celoteh beliau membuatkan hadirin kembali segar disamping isi yang padat dan tepat - walaupun ada sedikit lawak yg kurang difahami =).

Seterusnya muktamar disambung dengan Parallel Session. Bagi IMSA mereka memilih tajuk "Meningkatkan Kualitas PT di Indonesia" oleh Dr Harris Iskandar. manakala bagi MISG, Ustaz Haris menyampaikan lecture bebas memandangkan tajuk "Current Affairs in Malaysia" telah dibincangkan pada malam sebelumnya. Ustaz Haris mengupas isu pendidikan Islam di Malaysia dan sedikit berkenaan perbezaan pendapat dan mazhab disamping memberi komen tentang isu Wahabi di Malaysia yang katanya timbul kerana kurang faham tentang isu perbezaan pendapat dan ta'sub terhadap fahaman peribadi.

Parallel session seterusnya ialah leadership training oleh Khalid Iqbal Dr Irwan menyampaikan lecture di parallel di bilik A dengan tajuk "Menjamen waltu/aktivitas". Setelah solat jamaah Zuhr dan Asr, peserta makan tengah hari sambil IMAAM mengadakan sessi Commemorate Tsunami dengan memberikan perkembangan terkini misi bantuan ke Acheh, kisah2 sahabat IMSA yg kehilangan saudara mereka dan mengumpulkan derma untuk meneruskan misi bantuan tersebut. Akh Awang adri RPI membacakan potongan ayatul Quran yang menyeru umat Islam untuk menginfa' kan harta ke jalan diredhai Allah.

Sessi seterusnya ialah Annual General Meeting bagi MISG dan juga IMSA bagi membincangkan isu2 semasa, memilih barisan syura dan mengumumkan presiden serta barisan pimpinan baru MISG. Setelah solat Maghrib dan Isha' berjamaah, peserta terus ke dewan makan untuk makan malam manakala sebahagian peserta bersedia untuk acara persembahan setelah habis makan malam.

Seperti biasa, malam persembahan memang dinantikan semua. Persembahan nasyid, bacaan quran dan lakonan daripada adik-adik menceriakan malam tersebut. Kemudian tiba giliran MISG yang menyampaikan 6 sketsa mencuit hati dengan messej hadis-hadis daripada Rasulullah saw dan diikuti dengan nasyid Teman Sejati. Idea-idea daripada Freshmen ternyata begitu menghiburkan para penonton. IMSA mempersembahkan selawat dan puisi yang hebat diikuti dengan persembahan khas daripada speaker, Ustaz Syamsi dan Dr Irwan yang memukau. Akhir sekali, persembahan yang paling menakjubkan ialah persembahan 'Magic' atau dalam bahasa Indonesia, 'Sulap' oleh brother IMSA. Inshaallah wakil CaMaR akan cuba mendapatkan video dari pihak MISG untuk menyaksikan sendiri kehebatan Magic tersebut.


Muktamar - day 3

Please leave a comment, so far 0 comments

Hari ini muktamar bermula awal.
Seawal jam 445 pagi dengan Qiamullail yang menjadi program tetap setiap kali muktamar.
berbeza dengan Qiamullail ketika kita masih di peringkat persekolahan, segalanya adalah voluntary. Tiada paksaan.
Tazkirah subuh oleh Mas Eko menyentuh permasalahan umat Islam pada hari ini.

Parallel session pertama setelah solat Subuh bertajuk Aqidah in the life of Muslims untuk brothers manakala sisters mempunyai agenda mereka sendiri sempena yaumun Nisa' pada hari ini.
Sheikh Abu Yousof memberikan Sneak Preview of seerah: The Tarbiyyah Method of the Prophet saw. Parallel session selain itu ialah Analisa kebijakan riset dan teknologi di indonesia, khas untuk peserta dari IMSA. Bagi sistrs pula, mereka mempunyai program tersendiri.

Program pada hari ini dipenuhi dengan parallel session. Treading the path of success with knowledge, mencari generasi pencari ilmu dan hidayah, beautiful conduct: fotress of the righteous generations adalah antara tajuk-tajuknya pada hari ini.



Memandangkan Akh Awang dari RPI belum tiba, Bro Feisal diminta menyampaikan tazkirah Subuh dengan tajuk Syukr kepada Allah. Setelah breakfast, Muktamar MISG-IMSA dibuka dengan pidato daripada Ameer Muktamar. Diteruskan dengan pidato daripada presiden MISG dan presiden IMSA. Seterusnya KBRI dari Indonesia membuka program secara rasminya.

Program seterusnya ialah lecture bertajuk Responsibility for the future of our ummah and home countries oleh Bro Feisal dan Dr Irwan. Dr Irwan pernah menetap selama 5 tahun di Malaysia. Setelah itu kami bersolat Jumaah di lokasi muktamar dengan Khutbah daripada Imah Sheikh Lamptey dari ADAMS.

Parallel session yang pertama bertajuk Role Model for Muslim in Quran and Hadeeth oleh Imam Lamptey dan Mencari metode dan model Pembinaan Diri yg Ideal oleh Dr Irwan Prayitno.

Parallel session II ialah presentasi Ilmiah oleh IMSA manakala To Be Closer to Quran menjadi topik diskusi bro Feisal. Setelah Solat Maghrib & Isha' serta tazkirah, MISG bertuah kerana menerima kunjungan Dr Zahratul dan Ustaz Zaki Husin dari MSD Washington. Sessi bersama mereka diserikan lagi dengan kehadiran Dr Azaidi yang merupakan researcher dari Malaysia yang sedang menetap di Atlanta. Beliau merupakan salah seorang daripada researcher yang menemukan virus Nipah dalam kekalutan penyakit JE di Malaysia suatu masa dahulu. Beliau memberikan pelbagai strategi menjadi pelajar Muslim yang berjaya lengkap disertakan dengan hadeeth dan ayatul Quran.

Sesi talkshow tidak dapat diteruskan pada malamnya kerana ustaz Haris masih lagi penat kerana baru sahaja tiba dari London.



Jam 330 pagi bertolak dari Cleveland OH.
Musafir dari Case ialah Azim, Kamarul & Taufiq beserta dengan Dhowi dari Columbus.
Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.
Kami tiba di Frederick, Maryland jam 1100 pagi dan terus ke Holiday Inn tempat kami menginap.
Memandangkan belum ramai peserta yang tiba, kami berjalan-jalan dahulu di sekitar Frederick - BestBuy dan Walmart menjadi destinasi.

Jam 300 petang kami kembali ke hotel untuk membantu proses registrasi peserta.
Gembira kami berjumpa rakan-rakan yang telah sekian lama tidak ketemu.
Proses registrasi mengambil masa yang lama kerana peserta pada tahun ini bertambah berbanding tahun sebelumnya. Kelihatan begitu banyak muka-muka freshmen yang menghiasi muktamar pada tahun ini - memberi sinar harapan kepada penerusan generasi MISG di bumi US. Alhamdulillah.

Sesi pertama pada sebelah malamnya adalah lecture yang disampaikan Bro Feisal Hammoudi dan Bro Irwan yang penuh dengan semangat sehingga berjaya membangkitkan para peserta yang masih kepenatan setelah seharian memandu. Antara peserta yang paling jauh tiba ialah Akh Tahir yang memandu selama 4 hari dari Houston Texas. Alangkah hebatnya semangat beliau dalam mencari keberkatan bermusafir.


Last posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives