CaMaR : A Journey to be better muslims



Berbuat baik kepada ibu bapa


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Khutbah jumaat hari ni bertemakan berbuat baik kepada ibu bapa.
Walau macam mana perwatakan ibu bapa kita, kita mestilah menyayangi dan menjaga mereka.

Ada seorang abid ingin sangat berjumpa wali Allah, maka Allah ilhamkan dalam mimpinya untuk berjumpa dengan seorang walinya. Di rumah wali tersebut tiada apa apa yang berbeza pada pandangan abid tersebut. Wali tersebut ke masjid pada waktu solat, pulang ke rumah masuk ke bilik nya, kemudian tidak lama kemudian keluar melayan tetamu. Pada waktu malam wali Allah tersebut tidur sahaja, tidak bangun beribadah sepanjang malam.

Setelah tiga hari dan malam menanti si abid menceritakan mimpinya kepada si wali dan meminta beliau menyatakan rahsia bagaimana menjadi wali Allah.

Maka si wali membawa si abid tadi ke dalam biliknya. Disebalik bilik itu ada sebuah bilik lain, di dalamnya ada orang tua yg bisu, tidak boleh berkata kata lagi (imam guna perkataan 'muted by Allah', dibisukan kot?) Si wali menceritakan bahawa ibu bapanya sangat lantang mencerca Allah swt sehingga Allah menjadikan mereka bisu. Pun begitu dia tetap sentiasa menjaga mereka dengan baik, memberi makan dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

Si abid sungguh terkesan. Dia berluasa setiap hari dan bangun beribadat setiap malam, tapi tidak mendapat penghormatan menjadi wali Allah.

Sama-samalah kita menyayangi ibu bapa kita sepenuh hati.


0 Responses to “Berbuat baik kepada ibu bapa”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives