CaMaR : A Journey to be better muslims



Permulaan yang baik


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Jam 730 pagi aku dah Chrome ke rumah en Amir untuk konvoi 4 kereta ke muktamar.
Ah lama sudah tak konvoi sebegini. Indah zaman bersekolah pabila beramai-ramai travel ke program sebegini.
Biasanya perjalanan ambil masa 8-10 jam, tapi kali ni jadi tuan rumah setengah jam saja dah sampai.
Kurang thrill! Tapi ok la tu...dah berusia pun hehe

Selepas melayan en Isham, en Amir dan Chrome yang jadi VIP hari ni, aku ambil tempat sebagai photographer.
Jurukamera rasmi, rakan HaCC aku, si Jambul tak sampai lagi.
Dapat sms katanya malam baru sampai. Baru bertolak dari Cleveland. Ok saje bro asalkan selamat.
Ucapan pembukaan semuanya menarik. Aku paling suka ucapan en Isham yang kemas dan teratur.
Penuh bersedia. Dunia Islam hari ni katanya tidak mementingkan Islam dalam menguruskan ekonomi dan selalu tidak bersikap adil. Bagaimana kita mahu mencapai keharmonian dan kesejahteraan?
Siapa nak jawab tu?

Oh ya lupa nak diceritakan, kali ni jumlah peserta muktamar paling ramai. Lebih 600 peserta mendaftar!
Kami terpaksa menguruskan 2 hotel untuk dijadikan tempat menginap.
Holiday Inn Hotel & Conference Center dijadikan tempat menginap keluarga dan penceramah.
Holiday Inn Express tempat menginap brothers dan sisters single - yang kebanyakannya ahli MISG.
Ada juga yang tidak menginap di hotel dan datang berulang-alik bagi mereka yang tinggal di kawasan Washington DC.
Aku? Heh menumpang di bilik en Amir saja bersama Chrome.

Kesempatan muktamar kali ni, aku juga membuka booth menjual buku-buku dan cd-cd agama serta gambar-gambar yang aku dah frame kan (saiz 14x11) Kalau siapa-siapa ingin membeli, masih ada dalam stok! Hehe sempat iklan ni.

Tugasan ajk transportasi kali ni tak berapa berat kerana IMSA telah menguruskan kenderaan dari stesen keretapi dan lapangan terbang 2 kali sehari. Cuma bagi kes-kes istimewa, aku akan turun padang pergi mengambil mereka.

Sesi bertajuk Takfeer Debate menjadi tugasan seterusnya bagiku, menjadi moderator. Isu dikupas dengan baik oleh imam Yahya Hendi dan brother Uvamir Anjum. Cuma masa tidak mencukupi kerana contoh yang diberikan terlalu panjang untuk dijelaskan. Isi penting yang aku bawa balik ialah kita tak boleh cepat sangat menghukum. Bila nampak saja perbuatan yang kita tak pernah nampak, terus dihukum bidaah, kufr dan sebagainya. imam Yahya berjenaka bagaimana suatu hari beliau terpaksa mencukur janggut/beard beliau sebelum travel. Dan selepas conference beliau mendapat email yang berbunyi, " Dear imam, why have you decided to become a kafr." Aku tergelak kecil, tapi aku mengerti ini perkara serius dan sering terjadi dalam dunia kini.

Brother Ovamir pula mengupas bagaimana bukan semua isu boleh kita ambil remeh. Ya benar kita tidak boleh cepat menghukum. Tapi kita tidak boleh berhenti di situ. Kita perlu mendalami isu dan mengkaji. Contohnya seperti Abu Bakr yang memerangi nabi palsu. Kalau kita tidak menghukum mereka, bagaimana kita boleh menghalang lagi isu-isu seperti ini. Teringat aku kisah ayah Pin dan terbaru, rasul Kahar yang sudah meletak jawatan katanya. Ah.. macam-macam...

Selepas sesi tersebut, aku santai-santai saja di muktamar. Kadang-kadang menjaga booth, kadang-kadang bertaaruf dengan kawan-kawan baru di kalangan freshmen yang ramai, kadang-kadang mengambil gambar dengan Jambul. Malam itu aku sempat mendengar sesi Dr Farid berkenaan cabaran Islam zaman kini. Dengan kreatifnya beliau mengupas isu tersebut dari sudut pandangan intelek. Dr Farid bercerita mengenai golongan Soffah, Modernist dan post-modernist. Aku apa lagi.. terus terbakar semangat untuk bertanya. Satu semester dulu aku bertungkus-lumus memahami idea di sebalik gerakan post-modernist ini dengan professor William Deal yang telah banyak mengubah persepsi aku mengenai education/pembelajaran.
Dalam kereta semasa menghantar Dr Farid pulang tempoh hari, aku sempat tambah bertanya mengenai idea Irigaray, Derida, Foucalt, Lyotard dan pastinya Nietzsche. Ah aku pun dah lupa banyak fakta mengenai isu menarik ni.


Kita ni kalau belajar sekali saja pasti lupa. Perlu diulang berkali-kali baru lekat di minda.


0 Responses to “Permulaan yang baik”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives