CaMaR : A Journey to be better muslims



North Camp 2007


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Assamualaikum wbt,



Sudah lama tidak menulis di ruang ni, rindu pada program2 di kampung halaman (Cleveland..sob2 sob2) . Mukhayyam mengingat kan kembali kepada kisah-kisah yg semakin luput di ingatan.



Khamis

Kami ber-enam bergerak dari USM dengan menaiki van Hj Rosli. Kemudian mengambil Yono di Perodua terus ke Jeti. Tiba di jeti - kami trus menaiki feri ke stesen KTM. Sempat menunaikan solat isyak di situ sebelum menanti keretapi yg seakan lama mau muncul. keretapi hanya muncul setelah sejam menunggu. bersama kami geng2 Barat Daya tp kami berlainan gerabak.
Ini kali pertama menaiki keretapi - gerakannya sgt perlahan dah ramai org bersesak2 mencari tpt duduk. Setiap stesen ada shj penumpang turun dan naik. Agak payah utk melelapkan mata. Lampu dibiarkan terbuka sepanjang perjalanan. Konduktor bas dtg utk memeriksan tiket dan memastikan penumpang duduk di tpt yg se patut nye

Jumaat
Kami tiba di Kuala Kangsar kira2 jam 1 pagi. Dijemput oleh pihak urusetia. team2 dr zon lain juga sudah tiba - SPx, Alor Star, dll. Stesen KTMB KK masih penuh walaupon hari sudah lewat malam. di luar terdapat gerai2 makan....
Kami diberi sedikit taklimat dan bergerak menuju ke masjid Rizuwanian yg terletak tidak jauh. kira2 1km dr stesen bas. Sebelum tiba di Masjid, kami melalui kwsn MCKK. Wahh..terpegun melihat bgn Eaton of the East ini..ciri2 colonial masih dipelihari, pagar di cat hitam dan emas berserta logo MCKK di setiap bahagian pagar. di sebelah kiri jalan ialah bangunan asrama (ku kiira) dan di kanan ialah bangunan kelas. Menara jam di dewan besar...btol2 menggambar kan disini lah pemimpin2 di lahir kan ( tp MCKK skrg sudah tidah segah dulu ya)

Masjid Rizuwaniah terletak btol2 bersebelahan dgn MCKK. kami masuk ke dlm dan mendaftar kan diri sebelum tidur dan menanti hari esok.

Esok bersolat subuh, dan kemudian kami di beri taklimat. Objectives dan tunjuan utama NC07 di jelas kan dan kami di bahagi kpd 5 kumpulan - semua team dipecahkan kpd 5 kumpulan.

Setelah siap2 solat dhuha, kami berkumpul di luar sebelum mememula kan berjalanan menuju Tasik Raban. Urusetia telah pun beredar menaiki Pajero masing2 ( owh ini adakah kali pertama program di jalan kan dgn begitu mudah - urusetia melepas kan para peserta dan hanya memberi arahan...mudah bukan?)
Kami bergerak menuju ke Bas Stesen yg tidak jauh. Sempat mengalas perut di situ kemudian menaiki bas menujuk ke tasik raban. 26 org semua nye..masing2 bersama dgn beg, buah2an dan life jacket serta kasut/selipar...owh...hampir penuh bas ..tiket $3.40 di bayar sendiri..(hahah penat makcik konduktor).
Perjalanan mengambil masa lebih kuang 30min, kami melalui bbrp buah kg hingga tiba di Sauk ( al ma'munah?)...musim buahan2 menghijau...durian juga ada..tidak lama lagi sudah pasti musim buah....
Tiba di Changkat Duku..ketika jam sudah hampir 1230noon.....bas berhenti dan kami turun menuju ke Tanjung Harapan.....
penat masih tidak hilang....kami terpaksa berjalan sejauh lebeh 500m ke jeti....tiba di jeti..kami di beri briefing lagi utk menyiapkan rakit....
Alhamdulillah buluh2 sudah di siapkan maka setiap kumpulan menyiapkan rakit masing2 dari buluh.. setiap group di beri 10 max batang buluh...
setiap siap..kami memakai life jacket...dan mengayuh rakit....di sangka rakit mampu memuat kan 6 org ahli...namun ia tenggelam jua...maka terpaksa laa 2 org menaiki rakit dan mendayung...yang lain menolak rakit ( seakan2 memerang..hahha)

bole dikata dlm 1km before kami tiba di Tg Harapan Resort. kami kemudian di beri taklimat di dewan setelah meletak rakit di atas tanah. Setiap group kemudian diberikan chalet tiga-segi (3 org se chalet) .....dan kami meletak kan brg2....Kemudian kami di benar kan tidur tghri (ha?) sehingga jam 3pm
Hujan turun renyai2 selepas itu...sebelum berhenti dan acara Ranjau #1 di mula.....

Ranjau #1
setiap kumpulan...menaiki (atau menolak rakit) ke tengah tasik....dan kemudian memetik bunga teratai 2 kuntum dan kembali...owh mmg penat.....setiap kumpulan kali ini bermula pd waktu yg sama dan kami berlumba2 utk tiba di garisan penamat (yeah dpt no. 2)

setelah tamat...kami mandi...dan kemudian menunaikan qasar/jamak di dewan...dan makan malam

Malam kami di beri ceramah mengenai Sahabat Nabi - Thufail dan Said r.a...sungguh menarik kisah mereka berdua....I/allah jika ada masa sedikit summary akan di share

kemudian satu lagi ceramah mengenai kalimah Lailahaillah

setelah tamat...kami 5 groups di gabung menjadi 2 groups utk War Games....War games sbnyk 3 pusingan..menggunakan air tepung yg di masuk dlm plastic....tamat war game kira2 jam 2 pagi..kami masuk tidur...penattt

Sabtu
Dimula kan dgn Subuh dan pembentangan kumpulan.....
kemudian ada acara bersilat...
Cikgu Rosli menunjukkan sedikit teknik2 silat...then menggunakan kain pelikat jugak

kemudian sarapan pagi - nasik lemak ....kemudian meneruskan ranjau #2

Ranjau #2
Aktiviti ini sgt memenatkan...berikut apa yg perlu kami lakukan
1 - terdapat satu 'monkey-bar' di antara 2 pokok sejauh 3m. Kami di kehendaki bergayut (ahli yg lain bole menolong supaya tidak jatuh). Setelah semua selesai terus ke next station
2 - membawa rakit (rakit kumpulan kami sgt berat compare to others :( ) dan mengangkut nye ke setiap laluan di antara pohon2 pokok2 yg telah di tetapkan
3 - setelah itu tiba di padang - mengangkut rakit sebnyk 4x pusingan...sungguh penat kemudian meletakkan rakit
4 - berlari2 between bushes kemudian kembali ke kwsn tasik
5 - terdapat sebuah sampan di bwh nye lecak2.....kene crawling ala2 tentera di bwh sampan itu
6 - kemudian ambil life jacket....bila semua ahli sudah siap sedia semua berenang menujuk tengah tasik
7 - di tgh tasik ada sampan and kami dikehendaki menuju ke sampan and berpatah balik....
masa akan di kira bila semua ahli tiba ..
( sgt penat bukan?) ..mengambil masa kira2 16min for each group




setelah itu...setiap kumpulan (dimulai group 5) memulakan aktiviti seterusnye. terdapat 2 tali merentangi sungai tersebut...
1. 2 org utk setiap perjalanan. sorang jadi mangsa and sorang lagi kene menarik (tarik di life jacket) and berenang dgn menarik tali. mangsa tidak dibenar buat apa2...mangsa punya kepala menghadap langit..spt buat kuak lentang

2. bila tiba di tebing sungai di seberang , giliran mangsa pula menarik yg seorang lagi. hingga ke garisan penamat

3. semua ahli group kene buat....so kalo ada 5 ahli..salah sorang ahli kene buat 2kali

setelah tamat ialah acara sukaneka di padang

1. mula2 setiap group kene 2 org berpasangan

2. first acara ialah bwk salah sorang dgn mengangkat nye (mcm angkat guna beras kat bahu..assume org tu mangsa)..so tiba di garisan di sebelah sana.tukar pulak

3. next acara kene angkat mcm mendukung 'wife masa honeymoon' - owh sgt berat..so hanya demo shj sbb ramai x bole buat

4. lps tu kene sorang baring...and sorang lagi menarik nye..dgn meletak mangsa nye tangan di leher..ni pon satu lagi agak berat..

kesimpulan acara ini..supaya kita semua bersedia..dlm keadaan apapon bagaimana utk menyelamat kan mangsa and kaedah 'mengangkat' mana yg sesuai...

Setelah tamat...kami lunch (nasi hujan panas dgn ayam kurma)...bersiap2 utk solat...


Solat...kemudian taklimat....and sedikit ucapan dr setiap wakil group..sebelum berangkat pulang...

alhamdulillah pulang kami menaiki boat...dan tidak perlu menolak rakit :)

kami menanti di bas stop selama lebeh kurang 45min sebelum bas ke Kuala muncul. tiba di dikuala setelah penat mencari tiket dan memikir alternatif terbaik (jam sudah 5ptg+) - tiada lagi bas direct ke Penang....kami menuju ke Ipoh. tiba di ipoh hampir jam 6+..kami membeli tiket ke Penang....maghrib hampir tiba....dan kami tiba di penang agak lewat kira2 hampir jam 10pm....

Alhamdulillah itu shj cerita dari Mukhayyam......atau NorthCamp 2007...walaupon penat...tapi mmg menarik program nye..lain dari yg lain dan btol2 mencabar fizikal...dan juga mental...sekurang2 nye melihat air tasek (masih ada masa utk bermain2 dan berenang2 selepas tamat Ranjau #2).......tenang sikit fikiran ni..owh sgt menarik.....lps ni bole pergi lagi...


0 Responses to “North Camp 2007”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives