CaMaR : A Journey to be better muslims



Sutrah


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Berita Harian menyiarkan artikel berkenaan sutrah
tak berapa pasti siapa yang mengendalikan ruangan berkenaan
tapi ia suatu isu yang menarik memandangkan isu sutrah jarang dibincangkan di Malaysia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20061110000109/Article/

MELINTAS depan orang sedang solat hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatan itu membawa kepada dosa. Antara perkara perlu diberi perhatian:

Jika melintas antara tempat sujud dan tempat berdiri, perbuatan ini adalah haram sama sekali bahkan, termasuk dosa besar. Sama ada orang yang solat itu menggunakan sutrah (penghadang) atau tidak.

Agak kurang jelas di sini hingga terpaksa diulang baca kerana katanya haram sama sekali. Rupa-rupanya kerana melintas itu di antara tempat berdiri dan sujud, maka benarlah tidak boleh

Menurut Abu Juhaima, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan seseorang yang sedang solat, berdiri sambil menunggu selama 40 lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang mengerjakan solat itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jarak orang yang melintas itu jauh dari tempat sujud orang sedang solat. Dalam keadaan seperti ini, ada dua keadaan.

Pertama, jika orang yang sedang solat meletakkan sutrah di hadapannya, dia boleh melintas di belakang sutrah itu.

Perlu cek balik tafsiran hadis kerana secara semantiknya, mana satu belakang dan mana satu hadapan? Pembaca mungkin kabur sedikit dengan pemilihan depan atau belakang di sini

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila salah seorang antara kamu mengerjakan solat, dia hendaklah membuat sutrah yang tinggi di hadapannya. Jika tidak menemui sesuatu untuk dibuat sutrah, dia hendaklah memacak tongkat. Jika tidak mempunyai tongkat, dia hendaklah membuat garis. Kemudian orang lain boleh melintas di luar garis sutrah itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Dalam Kitab Bulughul Maram, Ibn Hajar berkata: “Salah pendapat yang mengklasifikasikan hadis ini sebagai muttarib. Sebenarnya, ia adalah hadis Hasan.”

Menurut Talhah, bapanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang antara kamu meletakkan benda seperti pelana unta yang panjang di hadapannya, dia hendaklah mengerjakan solat tanpa mempedulikan orang yang melintas di belakang sutrah itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, dia tidak meletakkan sutrah. Dalam keadaan ini, larangan melintas hanya diantara jarak dia berdiri dan tempat sujudnya saja.

Syeikh Ibn’Uthaimin berkata, “Pendapat yang lebih tepat, jaraknya ialah antara tempat berdiri kedua-dua belah kakinya sehingga ke tempat sujudnya. Ini kerana, seseorang yang mengerjakan solat tidak memerlukan jarak yang begitu luas. Dia juga tidak berhak melarang orang lain melintas di luar jarak ini.” (Rujuk al-Syarh al-Munti)

Ibn Abbas berkata, “Suatu ketika aku kembali daripada suatu perjalanan sambil menunggang keldai betina. Waktu itu, aku sudah baligh. Ketika tiba, aku melihat Rasulullah SAW sedang mengerjakan solat di Mina dan mengadap ke arah dinding (sutrah). Kemudian aku melintas hadapan saf makmum di belakangnya lalu melepaskan keldai betina itu untuk mencari makanan. Kemudian keldai itu melintas di hadapan saf jemaah solat, tetapi baginda tidak menyalahkan aku kerana hal itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak pasti sama ada penggunaan hadis ini untuk menjelaskan tentang jarak seseorang boleh melintas adalah pilihan yang tepat atau tidak. Hadis ini biasanya digunakan untuk menjelaskan sekiranya solat berjamaah, sutrah hanya perlu diletakkan di hadapan imam.

Penting juga disertakan cara kepentingan dan cara menghalang orang melintas di hadapan tempat solat. Salah satu cara ialah dengan meluruskan tangan untuk menghalang dan memberi makluman bahawa kita sedang bersolat.


1 Responses to “Sutrah”

  1. Anonymous Anonymous 

    askm

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives