CaMaR : A Journey to be better muslims



Please leave a comment, so far 0 comments

Usrah Muslimin
tempat:rumah Nash/Azzam/Zarip
Menu: cekodok (tp tidak berjaya dibuat ekoran masalah teknikal)
Tajuk: Maza yakni 'apa ertinya saya saya menganut Islam' dr Fathi Yakan

Point:
1. Jujur
2. Pemurah
3. Berperangai baik


Quiz: Fiqh

1. Pembahagian Air ada 5 :
Air Mutlak, Mutannajis, Musta'mal, Mutaghaiyyir, Muqaiyad

2. Cth air mutlak:
Air hujan, air sungai, airperigi, air embun, air salji, air laut, air mata air (kalau dipisahkan 2 perkataan, masih lagi berbentuk air)

2. Pembahagian Najis ada 3:
Muhaffafah, Mutassitah, Mugalazoh,

3. Najis Muhaffafah ialah:
Najis bayi lelaki yg berumur 2 thn ke bawah yg tidak makan dan minum melainkan susu ibu nya sahaja.

4. cara bersihkan najis mukhaffafah:
Buangkan najis tu, dan percikkan dgn air mutlak.

5. cara bersihkan air mutawassitah :
Buangkan najis dan hilangkan dgn air mutlak sehingga hilang bau rasa dan warna. (hilang ainnya)

6. cara bersihkan najis mughallazah :
Hilangkan najis, basuh dengan 7 basuhan air mutlak, salah satu daripadanya bercampur dengan air tanah.

7. Air Musyammas :
Air dalam bejana besi yg boleh berkarat -di tengah panas. Bukan bekas emas atau perak. Suci dan menyucikan. tetapi makruh dibuat bersuci kerana dikhuatiri mendatangkan penyakit. Sekiranya sudah sejuk, tidak makruh lagi dah.

Allahu a'lam


Please leave a comment, so far 0 comments

Umrah:

Alhamdulillah, setelah Ukhti Eliza Khalit ( CWRU 1999-2003)selamat menjalani ibadah umrah bersama keluarganya baru ini kini tiba mula giliran seorang lagi warga Camar, Akhie Ilham Junaidi (Bob) pula. Bagi pihak ahli Usrah CAMAR, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah kepada beliau sekeluarga. Semoga diberkati Allah sepanjang mengerjakan ibadah umrah. dan boleh la berkongsi bersama2 dgn kami bila pulang ke sini nanti...dgn gambar2.......sekian...




:: Ainul Mardhiah ::


Lagu ni atas permintaan Omar
=) semoga terhibur ye Omar





Usrah Muslimin

Tempat: Rumah Payen, Drummer & Abal (PAD)
alamat: atas restoran La usur Padora tingkat 2
Tajuk: sambungan dr buku Fathi Yakan
Point: x ingat



Usrah dimulakan dgn Ujian baca Al fatihah dgn makhraj yg betul. Bbrp tpt dlm Al fatihah di peringatkan oleh Naqib usrah, Akhie Taufiq. Cthnyer ' Iyya ' pada ayat 'Iyya kana' budu wa iyya '. makhraj sebutan, cthnya pada 'ta 'in ', huruf 'tho' dan huruf 'zai'.

Usrah di sambung kembali dgn point seterusnya dr buku fathi Yakan
Apa Ertinya Saya Menganut Islam - tentang kualiti yg perlu ada sbg seorang Islam.....

Selepas tu Quiz Seerah mengenai Nabi Muhammad saw.

1. Nama Ibu Nabi - Aminah Abdul Wahab

2. Nama Ibu susuan - Halimahtul Saadiah dari Banu Sa'ad.
Usrah di sambung dgn cerita mengenai Halimahtul Saadiah yg tidak mempunyai anak susuan, dan akhirnya beliau mendapat Nabi Muhammad cucu dr Abdul Mutallib yg dtg dr sebuah keluarga yg masyhur di Mekah. unta yg di tunggangi Saadiah agak lemah menjadi gagah dan beliau bersama nabi kembali ke kampung halaman Saadiah. Selepas itu kambing2 Halimah susbur dan penuh dgn susu memberikan beliau sekeluarga cukup makan.

3. Nama Ibu susuan sebelum Halimah - Thuwaybah merupakan slave kpd Abu lahab, Nabi meyusu selama bbrp hari

4. Nama datuk nabi- Abdul Mutallib.
Abdul Mutalib merupakan anak Hashim bin Abdul Manaf, ketua kaum Quraish. selepas Hashim meninggal dunia. Ketika itu Abdul Mutallib atau nama sebenarnya 'Shaybah' di ambil oleh pakciknya Mutallib utk di bawa ke Mekah. Org2 mekah ingatkan yg 'Shaybah ' merupakan hamba kepada Mutallib lalu memanggilnya 'Abdul Mutallib' Abdul Mutallib kemudian menjadi ketua Quraish yg terkenal.

5. Nama pakcik2 nabi ; Abu Lahab, Abu Jahal, Abu Talib, Hamzah, Abbas

6. perang pertama -perang badar

7. Siapa yg mencadangkan utk menggali parit dlm Perang Khandak - Salman Al farisi

Quiz Next Week

Uzrah di akhiri dgn tasbih kafarah & makan pizza di taja oleh valentino


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Update STC 2004 ::



1. Imran
2. Kerm
3. Omar
4. Elyas
5. Rasyid
6. Taufiq
7. Ezy
8. Wahida
9. Kak Adda
10. Fariza
11. Muyam

jom² kita hantar kontijen teramai skali lagi
=)

CaMaR mmg bes!!

register di sini:
http://www.imsa.nu/stc/stc2004/index.php


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Kuiz Tajweed ::


ni malam tadinye usrah nyer kuiz nyer yg kite jawab sesame nyer

1. Habaq mai pasal izhar halqi sket
Nun mati atau tanwin bertemu dengan
huruf² alif@hamzah, gho, ha, kho, ain, Ha (Agh hin kho 'a hu)
bacaannya terang dan jelas tanpa dengung


2. Ape beza ikhfa' hakiki dengan ikhfa' shafawi?
Ikhfa' hakiki salah satu daripada hukum nun mati/tanwin
manakala Ikhfa' Shafawi adalah salah satu daripada hukum mim mati


3. Iqlab? Bila dan bagaimana membacanya?
Nun mati atau tanwin bertemu ba'
bacaannya dengung 2 harakat, bibir dirapatkan hampir tertutup
- mengikut sesetengah imam, tidak sah jika dirapatkan
- sesetengah imam lain membenarkannya


4.1 Hukum nun mati ade 5, sebutkan
Ikhfa' Hakiki, Izhar Halqi, Iqlab, Idgham Bi Ghunnah, Idgham Bi La Ghunnah

4.2 Hukum mim mati ade 3, apakah hukum-hukumnya itu?
Ikhfa' Shafawi, Idgham Shafawi, Izhar Shafawi

5. Pernah dengar wajibal ghunnah? bila ia diperlukan?
Nun dan Mim bersabdu
bacaannya wajib dengung 2 harakat


6. Idgham maksudnya memasukkan, ada 2 jenis idgam dalam hukum nun mati. Apakah ia?
i. Idgham Bi Ghunnah
- bacaan dengung 2 harakat dengan memasukkan huruf nun mati/tanwin ke dalam huruf Ya, Wau, Mim dan Nun (Yauman) apabila membacanya

ii. Idgham Bi La Ghunnah
-bacaan tanpa dengung dengan memasukkan huruf nun mati/tanwin ke dalam huruf Lam dan Ro apabila membacanya


7. Sebutkan 5 jenis mad yg anda kenai
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal, Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf, Mad Wajib Muttasil, Mad Jaiz Munfasil, Mad Iwad, Mad Lin, Mad Badal, Mad Aridh Lissukun etc

8. Bile nak bace Ro tebal dan bile plak nak bace nipis?
Ro tebal = baris atas(fatah) dan depan(Dhommah) pada huruf Ro
Ro Nipis = baris bawah(Kasrah) pada huruf Ro


9. Huruf-huruf mad ialah? (ade 3 je)
Alif, Wau dan Ya (Awi)

10. Sebutkan huruf-huruf qalqalah (ade 5). Ape beza qalqalah kubra dengan qalqalah sughra?
Qaf, Tho, Ba', Jim, Dal (Qutubun jaddun)
Kubra(besar) = hujung ayat
Sughra(kecil) = tengah ayat



Please leave a comment, so far 0 comments


:: Usrah June 11th ::


Malam ni kite lepak kat rumah 1960 skali lagi la yek
sane dah ade 3 bijik rumah
jangan salah rumah plak ye
=)

dalam kol 11 gitu
lepas abis isha' kat masjeed inshaallah
malam ni imam kate ade talk menarik lepas maghrib
kalau ade kesempatan tu singgah la ye
malam sabtu.. bleh la lupekan akademik semeta
yihaa


Please leave a comment, so far 0 comments

Usrah Brothers 1960E 120th st
alhamdulillah, usrah yg singkat ni....di mulakan oleh sedara Kerm...beliau mecdgkan supaya ahli2 usrah berkongsi citer2 teladan....sedara Imran menceritakan tentang 'Ainul Mardhiah'....sedari Ainul ni bukan la nama makcik penjual tempeh ataupun nama bakal zawjah salah seorang ahli usrah tetapi nama dayang yang paling cantik sekali kat syurga.....beginilah cerita dr sedara Imran. suatu hari, malaikat Jibrail ke syurga...dia nampak ramai sgt dayang2, semua cantik2.....then last2 dia jumpa dayang yg last...dia pon tanya 'sedari ni Ainul Mardhiah ke?' lalu dayang tu kata bukan.....so Jibrail pun cam terkejut...

bersambung


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Haulah Kaherah ::


Assalamua'laykum

perkhabaran dari bumi Misr sekali lagi.
Alhamdulillah minggu yang lepas kami berpeluang untuk berjalan-jalan di sekitar Qaherah dan melawat ke Al-Faiyyoum.

Di Al-Faiyyoum, tasik besar di tengah-tengah padang pasir yang terik. Terasa a'zhim bila melihat air tasik yang biru dan air terjun di tengah-tengah gurun yang saujana mata memandang. Besarnya kekuasaan Allah untuk menciptakan tiap sesuatu tanpa batasan dan halangan.

Sempat juga melintasi tasik Qarun, si kaya yang dilaknat dan ditenggelamkan. Tasik ni besar dan cantik...tapi kisah di sebaliknya sangat menginsafkan.

berpeluang juga melawat masjid dan kubu Ali basya...bekas pemerintah mesir..ada sebuah masjid ni yg dibina untuk menunjukkan kekuasaan beliau...tapi akhirnya masjid tu tak digunakan untuk solat pun.,...sekadar tempat tarikan pelancong...oleh itu...niat tuh penting dalam apa jua keadaan dan kelakuan...

singgah sebentar di ahramat..pyramid di Giza. sebesar2 bangunan hanya tempat meletakkan mayat firaun yang zhalim....last2 mayat die masuk dalam museum juga...tak kekal mana kekuasaan insan ni...Allah boleh tarik atau pun beri pada sesiapa saja....

inshaAllah...seterusnya pendakian jabal Musa....


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Usrah Brothers ::


Inshaallah malam ni June 5th kite usrah kat umah 120th st
datang ramai2 yek
kol 11 malam inshaallah
nanti kite sambung cerita pasal akhlak dr maza ya'ni
makin ramai dah yg dah ingat al-zalzalah ni
menarik tul

ape lagi kite nak citer malam ni?
hadeeth..
hurmm
nanti kite 'up' lagi!


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Memahami Hadis Bercanggah ::


CONTOH no 6

Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.[107]


Hadis B:

Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [108] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata

Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat.[109]


Hadis C:

Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[110]


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan.

Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah).

Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram, tetapi hanyalah makruh . Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [111]. Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan



===========================

[107] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma.
[108] Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.

[109] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).

[110] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).

[111] Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.




Last posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives