CaMaR : A Journey to be better muslims



PERSELISIHAN FIQH (PART 1)


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



"Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yg berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu/penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yg diperselisihkan dalam suasana kasih sayang kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yg dicela serta taksub."

Keterangan
Al Imam Syahid Hasan Al Banna menjelaskan dalam usul ini tentang sikap atau pendirian dalam menghadapi perselisihan fiqh dan kesan-kesan dari perselisihan tersebut.

Ramai orang telah tersilap dalam menentukan sikap yg sebenarnya dalam menghadapi masalah perselisihan fiqh ini. Sikap ini akhirnya membuahkan hasil yg amat pahit. Perpecahan, perbalahan, permusuhan, taksub dan pertengkaran berlaku dan umat kemudiannya menjadi lemah, sehinggalah datang Al Imam Syahid dengan pendirian yg sebenar yg memelihara kejinakan hati dan kejernihan jiwa manusia.

Perselisihan fiqh tidak seharusnya memecah belahkan.
Al Imam Asy Syahid menekankan tentang permasalahan ini kerana:
- perselisihan fiqh merupakan sesuatu yg pasti akan berlaku.
- setiap orang akan mengambil pendapat mana-mana imam bertujuan untuk mentaati Allah SWT dan mentaati Rasulullah SAW.
- kejinakan hati lebih besar dari apa yg didapati dari perselisihan fiqh.
- kita boleh mengambil pengajaran dan contoh yg baik dari generasi yg diasuh oleh Rasulullah SAW. Mereka berselisih faham dalam perkara yg bersangkutan dgn fiqh tetapi mereka tidak berpecah atau bermusuhan.

Oleh kerana itulah Imam Asy Syahid menunjukan kepada akal-akal yg berfikiran waras ke arah kefahaman yg sebenar lalu menetapkan bahawa: "Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab berlakunya pepecahan dalam agama atau membawa kepada perbalahan dan permusuhan."

Apa yg ditetapkan oleh beliau itu juga adalah juga apa yg telah ditetapkan oleh para ulama' yg terkemuka. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:"Manakala perselisihan dalam menentukan hukum-hakam adalah terlalu banyak dan jika sekiranya setiap kali dua orang Muslim berselisih pendapat dalam sesuatu, boleh menyebabkan kedua-duanya berjauhan, nescaya tidak akan wujud di kalangan kaum Muslimin keteguhan
dan persaudaraan. "
[Al Fatawa:24/173]

Antara usul ahli Sunnah wal Jamaah ialah berpegang teguh dengan tali Allah SWT (agama) dan tidak berpecah-belah. Firman Allah SWT: "Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah." [Ali Imran:103]

[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]


0 Responses to “PERSELISIHAN FIQH (PART 1)”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives