PERSELISIHAN FIQH (PART 2)
Published Wednesday, September 06, 2006 by taufiq | E-mail this post
Sepatutnya orang-orang yg berselisih tentang perkara yg berkaitan dengan fiqh mengetahui bahawa
setiap orang yg berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengetahui hukum Allah SWT diberi balasan pahala sama ada salah atau betul. Mengapakah seharusnya mereka saling bertengkaran dan berbantahan.
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud:
"Apabila seseorang hakim itu berhukum lalu berijtihad dan ijtihadnya betul maka dia akan mendapat dua pahala, dan apabila dia berhukum lalu berijtihad dan ijtihadnya salah maka dia akan mendapat satu pahala."[Muslim:3/1343 no:1716]
Perbincangan di bawah naungan kasih sayang.Seterusnya Imam Asy Syahid menegaskan pula bahawa
tidak ada halangan untuk dilakukan perbincangan tentang perkara-perkara cabang bagi mengetahui dalil-dalil yg kuat dan lemah, dengan syarat perbincangan tersebut hendaklah
bersih dan berjalan di bawah naungan
ukhuwah dan kasih sayang kerana Allah SWT. Uslub inilah yg sebenarnya dapat menyampaikan kepada kebenaran tanpa berlaku kerugian. Ini merupakan sistem yg telah dipraktikkan oleh para salafus soleh dari kalangan
sahabat dan tabi'in.
Sheikhul Islam berkata: "Sesungguhnya ulama' di kalangan sahabat dan tabi'in serta orang-orang yg selepas daripada mereka, apabila berselisih faham dalam sesuatu perkara, mereka akan mengikut arahan Allah di dalam firmanNya:
"Apabila kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." [An Nisa':59]
Mereka berbincang dalam menyelesaikan masalah dengan perbincangan yg berbentuk
musyuwarah dan nasihat menasihati. Mungkin mereka berselisih dari sudut kata-kata dalam masalah-masalah yg ilmiah dan praktikal, sedangkan
kejinakan hati-hati, keteguhan dan persaudaraan dalam agama tetap kekal seperti biasa. [AlFatawa:24/ 1721]
[Pandangan semula kepada Risalah Ta'alim]
0 Responses to “PERSELISIHAN FIQH (PART 2)”
Leave a Reply