CaMaR : A Journey to be better muslims



Laporan IFR Stevens - from Cidos


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Pertama sekali, tulisan ini bukanlah bertujuan menjadi laporan lengkap dan rasmi bagi Islamic Fall Retreat Program yg baru selesai di Stevens Tech. Ia sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat pribadi yg boleh diterima atau ditolak begitu sahaja. Sekadar apa yg ada pada buku catatan aku untuk dikongsi semua pembaca.

Alkisah..
Malam sebelum program tu aku dan qayyum dah start gelisah sebab ustaz syamsi tak bagi pengesahan terkini sama ada akan hadir atau tidak. Back up plan pun dirancang. Kami berdua akan jadi speaker bidan terjun esok!

Esoknya kehadiran peserta memang hambar, seakan-akan sudah menjangka seorang daripada speaker tidak akan hadir. Peserta luar datang dari RPI, Delaware dan SUNY Buffalo. Kegigihan sisters dari SUNY Buffalo yg mengharungi perjalanan 7-8 jam menaiki bas amat membanggakan.

Sesi pagi bermula dengan pembentangan sejarah MISG oleh akhi Zuhdi (Timbalan Pres MISG). Memang jauh kalau nak dibandingkan pencapaian antara dahulu dan sekarang. Sesetengah akan berkata, “Alaa..sejarah kan dah lepas.” tapi setidak tidakya sejarah memberitahu kita bahawa kecemerlangan itu bukan sesuatu yg mustahil jika disertakan perancangan dan komitmen. Oh ya, tahun ini genap 30 tahun kewujudan MISG dalam mendukung perjuangan Islam. kalau ikut pembentangan tu matlamat pelajar menyertai MISG ini adalah;

- berkumpul untuk mendapatkan ilmu
- belajar berorganisasi
- mencari jodoh! (Musab pasti setuju)

Kata Zuhdi, perjuangan Islam ni ibarat nyalaan api. Semakin lama semakin marak. Tapi lepas 30 tahun makin suram pulak..tengah hujan barangkali. Tapi bara api tu sentiasa ada, tak pernah padam! letakkan kayu api, kemudian tiup. nescaya marak kembali.

Aku senaraikan masalah MISG sekarang yg mungkin para pembaca boleh fikirkan jalan penyelesaiannya.

-tiadanya peralihan kepimpinan yang tersusun. Data yang lepas hilang begitu sahaja.
-kekurangan graduate student yang lebih berpengalaman dan berkemampuan untuk menggerakkan jemaah.
-jarak yang terlalu jauh antara universiti yang menyukarkan perhubungan

Masalah ini bukanlah untuk diselesaikan dalam satu hari..bolehla fikir fikirkan nanti.

Selepas itu aku dan Qayyum amik alih sesi ustaz syamsi yang terbukti tidak hadir. Lupakan aje speech aku yg merapu pagi tu. ( tapi kalau nak bandingkan, jumlah pendengar masa tu adalah yg paling ramai berbanding sesi speaker2 lain..kekeh)


Sekarang ni nak share skit ceramah brother Abu Yusuf bertajuk ‘Muslim At Crossroads’ yang mantap dan bernas.

Beliau mulakan dengan matlamat penciptaan manusia yang hanyalah untuk beribadat kepada Allah. Kemudian beliau memberi perumpamaan tentang seorang pemandu yang sedang berpusing-pusing mencari jalan ke satu destinasi. Lama memandu, dia masih gagal sampai. Pemandu ini tidak akan dapat sampai ke destinasinya selagi dia tidak sedar bahawa dia sedang tersesat. Dia perlu berhenti sejenak dan bertanya kepada orang yang tahu atau kembali merujuk peta. Yang penting dia mesti sedar yang dia telah tersesat. Inilah yang ditekankan sebagai ‘recognize that you have promblems before you can solve it’

Untuk berubah perlukan sumber tenaga. Siapa lagi yang paling berkuasa memberi bantuan kalau bukan Allah, tuhan sekalian alam. Kitab panduan ialah Al quran dan sunnah nabi. Opps, nanti dulu..kan banyak tafsiran tentang Quran dan sunnah. nak ikut yang mana? sabda nabi, “Barangsiapa yang hidup daripada kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yg mendapat pimpinan yg betul) dan gigitlah dengan geraham gigi kamu.” Riwayat abu Dawud dan Tirmizi.



gambar hiasan

Perubahan mesti dilandaskan kefahaman dan sikap intelektual yang yang sahih didasari Islam.

“We should looking for change, not just impact”

Tidak cukup dengan hanya memberi kesan selagi kesan itu tidak mampu membawa perubahan.

Umat Islam hari ini secara amnya terbahagi 2:

- golongan reactionist yang terikut ikut dengan provokasi musuh Islam. Akhirya mereka juga secara tidak sedar terikut dengan gaya Yahudi dan Nasara dalam tindakan.

- Golongan intelektual yang lebih melihat penyelesaian secara duniawi berbanding saranan Al Quran. Mereka membaca bahan bahan Barat lebih daripada al Quran sendiri. Akhirnya keluarlah teori teori ciptaan manusia yang sudah tentu tidak sehebat teori Pencipta. Inilah golongan yang tidak sedar akan masalah mereka.

Pelajar luar negara adalah ‘frontline’ dakwah. Jika mereka lemah, maka dakwah itu akan jadi lemah. Kita hadir ke sini untuk menambah iman, ilmu dan amal. Sekiranya hidup di sini membawa kejatuhan kualiti iman, secara prinsipnya kita tidak patut berada di sini. Di hari akhirat, jika kita memberi alasan bahawa fitnah di bumi kuffar ini yang menjadikan kita lalai dan bermaksiat Allah akan menjawab bahawa Dia telah menciptakan alam ini seluas luasnya dan kita bebas pergi ke mana-mana jua. Mengapa bumi fitnah yang dicari?

Sembilan tips dakwah:

- keikhlasan (golongan pertama yang diseksa di akhirat kelak ialah ulama, dermawan dan mujahid yang tidak ikhlas)
- berpaksi pada Al Quran dan sunnah ( manusia terbaik ialah yang belajar dan mengajar isi quran)

- amal makruf nahi munkar (umat muhammad ialah umat terbaik dengan syarat menyeru kepada makruf dan cegah kemungkaran)

- mempelajari uslub dakwah dan mempertingkatkan ilmu.

- menggunakan hikmah dalam berdakwah. menggunakan approach yg sesuai dengan tingkat kefahaman manusia

- sanggup berkorban

- kerjasama

- consistent

- ‘reading & analysis’ -> react accordingly to reality
- patience

kesimpulannya,

Umat islam menghadapi masalah perpecahan, ekonomi, akhlak, dan kejahilan. Dengan kata lain, ia adalah gabungan masalah yang bersifat komprehensif. Maka penyelesaiannya juga mesti bersifat komprehensif. Ekonomi? kita ada Bank Islam. Akademik? ada Universiti Islam. Jadi, kenapa masih gagal? Jawapan kepada semua persoalan ini ialah kembali kepada kalimah Lailaha illahallah. bersatu atas kalimah tauhid dan persaudaraan islam. Bertindak dengan intelek. itulah beza antara iman dan kufur, ibadah dan bidaah.

My note ends..


0 Responses to “Laporan IFR Stevens - from Cidos”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives