CaMaR : A Journey to be better muslims



Muktamar 2007!


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Atas permintaan rakan pena Becky yang sudah dua kali miss muktamar, ini cerita Muktamar MISG-IMSA 2007 dipersembahkan dari kaca mata AJK Transportasi...

Sehari sebelum
Tugasan pertama bermula sehari sebelum muktamar - yakni menjemput saudara penceramah, Dr Farid Shahran dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dulles.
Beliau bermalam kat rumah anak-anak Melayu bujang DC pada malam tu.
Dah kemas rumah sikit sebelum tu.. pada kaca mata anak bujang, dah kemas dah..
tapi pada kaca mata orang yang dah berkahwin, mungkin macam baru lepas kene masuk
pencuri!
hehehe sorry la ye Dr.

Hari Pendaftaran
Sepatutnya tengah hari tu kami bertolak ke Frederick. Jauhnya cuma 40 minit memandu. Tak ade lah jauhnya.
Staff call ajak makan-makan farewell En Wan. Menarik jugak.
Aku sembang dengan Dr Farid, dia kata, "ana ikut tuan rumah saje."
Aku pun terus cancel plan pegi tengah hari, langsung pegi tengok movie National Treasure 2 dengan Morning Crew.
Ohhh... sebelum tu awal2 pagi sebaik matahari segalah tinggi aku pegi main golf 9 lubang sorang-sorang. Krom kate.. G.I.L.A ...
ahaha memang tengah giler pun ni..
Maklumla cuaca sedap sepanjang minggu tapi tak sempat nak main sebab habis keje je dah gelap.
Aku segan nak ajak Dr Farid tengok movie sekali..
die pun nak tengok buku, so aku bawak ke Barnes & Noble.
Peminat buku kalau setakat 2 jam kat kedai buku tu macam makan aiskrim 5 minit je.. tapi keji la jugak tinggal Dr kat situ sorang-sorang..
hehehe ampunkan daku...

Sedikit masalah timbul bila rakan-rakan dari New York dan Boston sampai petang tu.
Kalau ikut plan asalnya aku akan ambil diorang dari Airport dan terus bawa ke tempat muktamar.
So takde masalah.
Tapi sekarang ni macam mana nak bawak ke tempat muktamar.. aku pun still ada kat rumah!
Susah-susah pikir, dengan cadangan bernas daripada rakan baikku Mr Chrome, aku mintak semua naik Metro train turun di Dunn Loring station, 100 tapak dari rumahku.
Aku pick-up semua sekali (9 orang) bawa ke rumah, beli nasi dari kedai Friends Kabob.
Settle!

Malam tu lepas habis program makan-makan kat rumah staff sarjan
(ada sambutan birthday aku sekali - terima kasih tuan rumah dan kak Kuzi Mountaineers sebab buat kek untuk aku)
- aku hantar satu batch (4 orang) ke hotel di Frederick kira-kira jam 1100 malam.
Lepas tu ke airport Baltimore - sejam perjalanan - untuk pick-up rakan dari Michigan.
Sampai ke Frederick semula jam 130 pagi lebih kurang badan dah lembik dah.
Singgah beli kopi dan kemudian shoot balik ke rumah untuk TIDO!

Esoknya muktamar akan bermula.. nanti aku sambung lagi yiha




0 Responses to “Muktamar 2007!”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives