CaMaR : A Journey to be better muslims



Kita Bukan Budak Kecil Lagi...


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Bismillah

Anak-anak kecil boleh buat apa sahaja yang dia mahu
Mereka masih kecil dan belum tahu erti malu
Tapi kita bukan budak kecil lagi
Tak bolehlah buat semua perkara ikut suka hati
Tanpa segan silu

Anak-anak kecil buat apa sahaja dengan ikhlas
Mereka masih kecil dan belum tahu meminta balas
Memang kita bukan budak kecil lagi
Tapi mestikah buat semua perkara ada udang sebalik batu?
Tanpa niat hanya untuk Yang Satu?

Anak-anak kecil boleh meludah selepas disuap
Tidak peduli ibu yang akan marah atau rumah bersepah
Tapi kita bukan budak kecil lagi
Tak bolehlah berlagak kasar tanpa batas
Kenalah berbudi dan cakap beralas

Anak-anak kecil boleh menjerit dan menangis sekuat hati
Tidak kisah jiran sebelah atau orang marah
Tapi kita bukan budak kecil lagi
Belajarlah berfikir sendiri
Sebab hidup bukannya lama
Takkan di akhirat nak hidup susah...


0 Responses to “Kita Bukan Budak Kecil Lagi...”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives