CaMaR : A Journey to be better muslims



Post Muktamar - day 1


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Seperti biasa, post muktamar dinanti-nantikan semua peserta dari MISG.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan.
Setelah qiam malam, kami solat Subuh. Setelah itu, Ustaz Haris menyampaikan lecture yang interaktif membolehkan semua mata-mata terbuka luas.

Setelah itu, kami sarapan sambil berta'aruf untuk lebih kenal antara satu sama lain. Pelbagai soalan yang mencuit hati ditimbulkan oleh para peserta. Setelah itu, brothers memenuhi meja pingpong untuk aktiviti bebas. Ada juga yang bermain Foosball dan tidak kurang bermain golf bagi mengisi masa terluang.

Kemudian mesyuarat bagi setiap lujnah yang bersambung sehingga selepas solat Zuhr. Selepas solat Asr, kami mengadakan pembentangan oleh setiap lujnah berkenaan perancangan mereka untuk tahun 2006. Setelah solat Maghrib, kami makan malam dan setelah solat Isha', kami memilih Ameer dan Ameerah untuk STC dan Muktamar 2006 serta memilih lokasi untuk ISR dan IFR pada tahun hadapan.

Jadual untuk keesokan harinya ialah snowboard ataupun ziarah mengikut kesesuaian dan mesyuarat setiap kotijen universiti. Bagi kontijen Case-Osu, kami terpaksa pulang awal kerana dijadualkan menghantar kereta sewa jam 1100 pagi di Columbus. Kami bertolak pulang jam 1200 malam dan selamat tiba di Case jam 600 pagi. Selepas solat Fajr di Masjeed Uqbah, brother Baidhowi bertolak pulang ke OSU.

Kenangan bersama sepanjang Muktamar 2005 menjadi ingatan selamanya...

---tamat---


0 Responses to “Post Muktamar - day 1”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives