CaMaR : A Journey to be better muslims



Muktamar - day 4


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Seperti semalam, muktamar dimulakan dengan Qiam bermula jam 500 pagi. Jumlah kehadiran berkurangan berbanding semala, mungkin kerana keletihan. Namun menghampiri jam 600 pagi, semakin ramai yang turun bersedia untuk solat Fajr. Saudara Abdullah DIn Suhaimi dari Penn State menyampaikan tazkirah bertajuk: "Urgensi mencari Teman dan Lingkungan (Bi'ah) yang Islami. Celoteh beliau membuatkan hadirin kembali segar disamping isi yang padat dan tepat - walaupun ada sedikit lawak yg kurang difahami =).

Seterusnya muktamar disambung dengan Parallel Session. Bagi IMSA mereka memilih tajuk "Meningkatkan Kualitas PT di Indonesia" oleh Dr Harris Iskandar. manakala bagi MISG, Ustaz Haris menyampaikan lecture bebas memandangkan tajuk "Current Affairs in Malaysia" telah dibincangkan pada malam sebelumnya. Ustaz Haris mengupas isu pendidikan Islam di Malaysia dan sedikit berkenaan perbezaan pendapat dan mazhab disamping memberi komen tentang isu Wahabi di Malaysia yang katanya timbul kerana kurang faham tentang isu perbezaan pendapat dan ta'sub terhadap fahaman peribadi.

Parallel session seterusnya ialah leadership training oleh Khalid Iqbal Dr Irwan menyampaikan lecture di parallel di bilik A dengan tajuk "Menjamen waltu/aktivitas". Setelah solat jamaah Zuhr dan Asr, peserta makan tengah hari sambil IMAAM mengadakan sessi Commemorate Tsunami dengan memberikan perkembangan terkini misi bantuan ke Acheh, kisah2 sahabat IMSA yg kehilangan saudara mereka dan mengumpulkan derma untuk meneruskan misi bantuan tersebut. Akh Awang adri RPI membacakan potongan ayatul Quran yang menyeru umat Islam untuk menginfa' kan harta ke jalan diredhai Allah.

Sessi seterusnya ialah Annual General Meeting bagi MISG dan juga IMSA bagi membincangkan isu2 semasa, memilih barisan syura dan mengumumkan presiden serta barisan pimpinan baru MISG. Setelah solat Maghrib dan Isha' berjamaah, peserta terus ke dewan makan untuk makan malam manakala sebahagian peserta bersedia untuk acara persembahan setelah habis makan malam.

Seperti biasa, malam persembahan memang dinantikan semua. Persembahan nasyid, bacaan quran dan lakonan daripada adik-adik menceriakan malam tersebut. Kemudian tiba giliran MISG yang menyampaikan 6 sketsa mencuit hati dengan messej hadis-hadis daripada Rasulullah saw dan diikuti dengan nasyid Teman Sejati. Idea-idea daripada Freshmen ternyata begitu menghiburkan para penonton. IMSA mempersembahkan selawat dan puisi yang hebat diikuti dengan persembahan khas daripada speaker, Ustaz Syamsi dan Dr Irwan yang memukau. Akhir sekali, persembahan yang paling menakjubkan ialah persembahan 'Magic' atau dalam bahasa Indonesia, 'Sulap' oleh brother IMSA. Inshaallah wakil CaMaR akan cuba mendapatkan video dari pihak MISG untuk menyaksikan sendiri kehebatan Magic tersebut.


0 Responses to “Muktamar - day 4”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives