Muktamar2005 - day1
Published Sunday, December 25, 2005 by taufiq | E-mail this post
Jam 330 pagi bertolak dari Cleveland OH.
Musafir dari Case ialah Azim, Kamarul & Taufiq beserta dengan Dhowi dari Columbus.
Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.
Kami tiba di Frederick, Maryland jam 1100 pagi dan terus ke Holiday Inn tempat kami menginap.
Memandangkan belum ramai peserta yang tiba, kami berjalan-jalan dahulu di sekitar Frederick - BestBuy dan Walmart menjadi destinasi.
Jam 300 petang kami kembali ke hotel untuk membantu proses registrasi peserta.
Gembira kami berjumpa rakan-rakan yang telah sekian lama tidak ketemu.
Proses registrasi mengambil masa yang lama kerana peserta pada tahun ini bertambah berbanding tahun sebelumnya. Kelihatan begitu banyak muka-muka freshmen yang menghiasi muktamar pada tahun ini - memberi sinar harapan kepada penerusan generasi MISG di bumi US. Alhamdulillah.
Sesi pertama pada sebelah malamnya adalah lecture yang disampaikan Bro Feisal Hammoudi dan Bro Irwan yang penuh dengan semangat sehingga berjaya membangkitkan para peserta yang masih kepenatan setelah seharian memandu. Antara peserta yang paling jauh tiba ialah Akh Tahir yang memandu selama 4 hari dari Houston Texas. Alangkah hebatnya semangat beliau dalam mencari keberkatan bermusafir.
0 Responses to “Muktamar2005 - day1”
Leave a Reply