CaMaR : A Journey to be better muslims
BismillahAssalamua'laykum warahmatullah
:: To Proceed ::
Bila berteraburan barang-barang yang hendak dihantar ke malaysia, yang hendak diberi pada orang lain atau dibuang, terasa banyak nya harta benda yang dikumpul dan disimpan selama empat tahun di sini. Terkejut juga dibuatnya bilamana terasa rumit untuk mengemaskan barang-barang tersebut dan untuk mengosongkan bilik ini. Terfikir, bagaimana pula kesusahan yang akan ditanggung bila kembali pada tuhan dengan mengheret berguni-guni harta dunia dalam kehidupan yang singkat ini?InshaAllah, sekejap lagi akan berpisah dengan bumi Cleveland. Empat tahun sudah berlalu dan sekeping ijazah sudah berada di tangan. Terfikir, cukupkah ilmu dan bekalan yang ditimba selama ini untuk pedoman dan panduan buat kehidupan yang penuh taqwa di masa hadapan?Selama empat tahun juga ber'jihad' menuntut ilmu di CASE, empat tahun juga ber'jihad' untuk terus bersabar dalam keta'atan pada Allah azzawajall, bersabar dalam menghindari kema'siatan, dan bersabar dalam ujian dari Allah azzawajall. Terfikir, adakah telah digunakan sepenuhnya tempoh empat tahun itu untuk sepenuhnya belajar dan bekerja hanya untuk Allah ta'ala? Adakah telah ber'jihad' dengan sepenuh hati dan ikhlas lillahi ta'ala? Adakah telah matang untuk menghadapai cabaran kehidupan selepas ini? Apa yang mampu dibawa pulang?Untuk yang tinggal di CASE ...1- tolong tengok2an dan support usrah sisters. Kalau xde yg sanggup bantu-membantu, nnt semuanya berhibernasi 2- minta ampun ma'af segala salah silap, umpat-mengumpat, bahasa dan perlakuan yang menyinggung3- minta halalkan segala hak-hak yang tak terbayar balik, tak dikembalikan, tak tertunaikan4- moga berjaya dunia akhirat5- best kenal semua. InshaAllah, panjang umur jumpa lagiAnd Allah ta'ala knows best..
Prayer Times
Ingat-Mengingat
Links
ATOM 0.3
0 Responses to “”
Leave a Reply