CaMaR : A Journey to be better muslims
:: Usrah Muslimin ::
Al Muddatstsir dan kita yg lalai
Turun salji
muram malam ini
masih lebatkah di luar
mampu kah kita melangkah
mengharungi salji itu
Hai org2 yg berselimut (74:1)
bangunlah dan berilah peringatan (74:2)
ayuh!
jgn ditarik selimut
marilah kita melangkah
menuntut dan berkongsi ilmu
kerana kita adalah Insan
yg sentiasa lalai
belajar kah kita
dari sejarah semalam?
Bala Allah kpd umat terdahulu
yang ingkar dan lalai
belajar kah kita?
Andaikan
suatu hari
Rasul Allah mengetuk pintu rumah
lalu
..kita gelabah
sorokkan televisi dan radio (aduh!)
..majalah hiburan..kita ganti dgn Quran dan buku agama
..aduh..sudah lusuh berhabuk....kita terlupa..
.kita gelabah....
dan menjemput Nabi masuk..
beliau bertanya..
khabar iman kita
..bersediakah kita?
berhadapan dgn Nabi?
dan kemudian
Allah yg Agung di hari pembalasan...aduh!
kita lalai
Dan Aku jadikan baginya harta benda yg banyak (74:12)
dan anak-anak yg selalu bersama dia (74:13)
kita lupa...
mengapa kita Islam
kita beri alasan
mampukah alasan itu
di hari pembalasan?
kita mengharap shafaat Nabi
Sekali-kali tidak, Sebenarnya mereka tidat takut kpd negeri akhirat (74:53)
Astaghfirullah.
adakah kita lupa
adakah hati kita hitam
kenalkan kita pd dosa dan neraka
sudah cukupkah amalan?
ayuh!
bangunlah.....dan gerak lah ke usrah
ayuh!
semoga kita yg lalai
ingat mengingati
kita adalah Muslim
kita adalah cendekiawan esok
Alhamdulillah, syukur pd Allah yg menjadikan kita...walaupun snow turun lebat. tp tak menghalang para Ikhwanul Muslimin Camar utk ke usrah :)
Usrah di mulakan oleh Akhie Imran dgn Surah Al Al Muddatstsir . Kemudian beliau bercerita mengenai ' Code Evolved....mm sukar tajuk tu....beliau mengupas bagaimana Usl Fiq berkembang....memberi cth Ibn Hazm seorang politician yg berkecimpung dlm bidang ni agak lewat (berbanding dgn imam2 yg masyhur yg kebanyakan sejak kecil sudah mendalami ilmu Islam)....Ibn Hazm bnyk belajar dr para ulama' setelah meletak jwtn beliau. Beliau menulis buku dan mengulas mengenai mazhab
Usrah kemudian bersmbg dgn Akhie Kerm bercerita mengenai golongan Kawarij, yg menganggap kalifah Ali sbg sinner sbb bersetuju dgn perjanjian dgn Muawiyah. Kemudian dr situ muncul pula pihak Syiah. Alhamdullilah, Dr Ismail yg tiba pula memberi cth puak Syiah yg pergi mengerjakan haji di mana mereka memotong bumbung bas. Dr Ismail juga mengingatkan ahli usrah mengenai:
1. kelalaian bila kita memperoleh kesenangan terutama bila mendpt harta kekayanga, anak & isteri
2. perlu ia niat utk mengerjakan haji
3. berdoa bila solat di Masjidil Haram & Masjid Nabawi krn Allah menjanjikan pahala yg bnyk and doa dimakbulkan
4. perlu nya berfikir dan mendalami ilmu
Usrah juga tidak lupa mengupas mengenai isu semasa terutama sekali is Prof Amina Wadud yg meng imamkan sekumpulan jemaah solat jumaat.
Akhie Kerm kemudian menambah mengenai Ethics of Disagreement:
1. kalo kita berdebat kita perlulah mengharapkan pihak satu lagik yg betul. sbb kalu kita salah kita boleh la belajar dr situ....kalo kita yg btol sure kita akan lupa diri menganggap kita yg hebat
2. ....[ kerm tak igt la ]
3. focus kat isu tu jer. jgn menambah2 dgn isu lain yg kita tak puas hati terhadap lawan kita.
Insya Allah semoga minggu depan, walaupon sibuk dgn rehearsal dikir dan international dinner...kita tak lupa utk duduk di majlis ilmu, berkongsi mengingatkan dan menadi seorang muslim sebenar. Insya Allah
Prayer Times
Ingat-Mengingat
Links
ATOM 0.3
0 Responses to “”
Leave a Reply