CaMaR : A Journey to be better muslims




E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




:: Usrah di rumah Dr Ismail ::



Usrah kali ni ramai sungguh orang
jazakallah Dr sbb sungguh2 ajak semua org datang
sejak minggu lepas.. sampai la petang training bola last tu pun Dr remind lagi
Thanks juga kepada Omar yg buat nick sekian lama ajak usrah
dan beberapa brothers lain yg sentiasa buat usaha murni camni

Usrah kali ni kita bincangkan tentang sambutan maulud rasul
dimulakan dengan bacaan surah al-Hijr dan terjemahan serta sedikit ulasan (bukan tafsiran)
kemudian merujuk buku "The Misconception About Human Rights in Islam"
kami singkap beberapa hak kita kena tunaikan kepada rasulullah saw
antaranya ialah percaya dan yakin dengan kerasulan baginda..
yakin bahawa baginda dah sampaikan everything tanpa miss atau tinggal walau sedikit ajaran,
semua kata2, ajaran dan perlakuan baginda saw adalah bersumber daripada allah ta'ala jua
yakin juga baginda adalah nabi dan rasul terakhir
(khatamul anbiya' penutup kepada pintu kenabian) - kak atty.. khatamul ke khatimul? ke camne?

then sedikit background tentang sambutan maulud nabi ni
basically berasal dari fatimiyad.. satu mazhab dalam shi'ite (syiah)
mereka bukan sambut maulud nabi shj, tp juga semua hari kelahiran
keluarga terdekat nabi dan juga kelahiran christ (christmas kate kawan2)
kemudian dihentikan oleh pemerintah (sile google)

banyak pendapat berkenaan sambutan ini
kebanyakan imam menolak kerana tidak pernah berlaku pada zaman rasulullah dan salafuussolleh
boleh membawa kepada misconception dan lebih teruk lagi kepada sembahan.. (manusia ni kan mcm2 jenis ade)

imam yusuf qaradhawi mengatakan
sekiranya dah teruk sangat suasana masyarakat.. boleh disambut dengan terkawal
dengan mengadakan aktiviti yg mengingatkan kepada rasulullah saw
janganlah diadakan aktiviti berbentuk ibadah yg tak pernah ada pula
juga perlulah tiada perkara yg bertentangan dengan syariat dari segi perlaksanaannya

kemudian setelah berbincang2 dan berkongsi kisah silam berkenaan sambutan maulud
(Dr banyak bercerita tentang sambutan pada zaman beliau)
Dr mengajak semua berfikir tentang bagaimana kalau kita tahu kita akan mati esok
apakah yg kita akan lakukan?
seperti ajakan Imam sebelum solat jumaat
pray as if this is your last prayer

allahua'alam


0 Responses to “”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives