CaMaR : A Journey to be better muslims
:: Muhasabah ::
Dalam menjalani proses kehidupan, kita sering terleka atau lebih tepat dilekakan oleh perasaan cinta kita yang semakin menebal kepada dunia yang kita diami
Jarang walau sekali kita memikirkan kehidupan yang bakal kita tempuhi pada hari yang dijanjikan untuk kita hidup selamanya.
Walaupun seminit atau tempoh masa kurang daripada itu yang kita ambil untuk berfikir dan merancang kehidupan kita di alam akhirah, masa yang kita gunakan tersebut sebenarnya merupakan masa yang paling berharga dan merupakan masa yang paling kita manfaatkan untuk hari tersebut. Dengan berfikir tentang qiamat, hati kita berasa terpanggil untuk menghisab perkara yang telah kita lakukan dan perkara yang sedang kita rancangkan lantas hati kita akan menilai semula yang mana baik dan yang mana tidak.
Proses pemikiran ini akan mematangkan seorang muslim, dan akan menjadikannya seorang yang lebih berwaspada dalam tindak tanduk seharian. Justeru umat Islam digalakkan bermuhasabah, sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Masa yang biasa diamalkan ialah sebelum tidur, namun pada bila-bila masa pun sebenarnya adalah tidak mengapa kerana mengingati Allah seeloknya berlaku...
...pada setiap masa.
Prayer Times
Ingat-Mengingat
Links
ATOM 0.3
0 Responses to “”
Leave a Reply