CaMaR : A Journey to be better muslims




E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




:: Kenangan STC - Episod 2 ::



Akhie Mosal pada pagi yang tenang itu mengajarkan kami
teknik pernafasan Merpati Putih yang diajarkan asalnya
kepada puteri raja untuk mempertahankan diri
memandangkan teknik yang digunakan tidak semata-mata mengutamakan kekuatan tubuh badan, tetapi kepada teknik mengawal pernafasan yang cukup menarik.

Daripada 5 peringkat yang ada, kami cuma dapat mempelajari 3 sahaja, kerana selebihnya bukan untuk orang kebiasaan yang baru pertama kali mencubanya.
Itupun kami sudah rasakan tekanan pada bahagian dada menunjukkan hebatnya teknik yang digunakan.
Salah satu kunci kepada pergerakan tersebut ialah dengan melepaskan nafas sambil mengeluarkan bunyi hsssss....

Habis senaman, aktiviti yang ditunggu semua.. sarapan pagi - nasi goreng versi Indonesia menanti.. nyam nyam

------

Lewat pagi, akhie Adnan tiba. Beliau mengalami masalah dengan kenderaan di tengah perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai juga. Inilah hikmah dalam travel.. banyak ujian daripada Allah.. dan siapakah kita yang ingin mengatakan kita beriman sedangkan kita belum diuji??

Setelah kontijen dr Case berehat sakan (missed basketball game), Dr Zahratul sampai. Kitorang sambut Dr dan anak beliau, Arif. Banyak sembang tentang perjalanan Dr dan perkembangan semasa student kat US. Dr Zahratul inshaallah sambung kontrak lagi setahun kat sini. Tak lama lepas tu Ustaz Zaki (Education Atachee MSD Washington) tiba dengan 3 anak beliau dan seorang anak rakan beliau. Baik orangnya. Seronok sembang. Seorang ayah yg sangat penyayang... tu impression terhadap ustaz.

---
Solat Jumaat dengan Akhie Icel bagi khutbah menarik
tentang kepentingan Istiqamah dalam kehidupan
sekalipun amalan yang dilakukan kecil sahaja,
tp dengan istiqamah, Allah akan menyukai amalan tersebut.
Ustaz Zaki mengimamkan solat dengan bacaan yang sangat mendamaikan jiwa.

----
Kami berkuiz keluarga selepas solat
dan ada juga aktiviti menarik seperti menggaru belakang rakan (untuk mengeja suatu perkataan). Akhie Adnan menang dengan kunci kejayaannya jatuh bebas semasa perkataan "sit" dieja.. [tak aci la akhie.. tu bukan duduk.. tu jatuh.. ~hehe memain je akhie]

Kuiz keluarga sangat menceriakan dengan beberapa event yang berlaku di luar kawalan pasangan dan ahli keluarga mereka. Kami juga diminta menguji kehebatan dalam game ala "win, lose or draw" dengan kemenangan kepada team ikhwah. Pertandingan menulis 10 anggota badan yang mempunyai 3 huruf pula dimenangi oleh team akhawat.. so seri.. kate pengadil.

bersambung...[soccer match MISG vs IMSA]..
jangan ketinggalan


0 Responses to “”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Previous posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives