CaMaR : A Journey to be better muslims
:: Hadis Maudhu' (Palsu) ::
Sebenarnya untuk mengenal yang mana satu hadis maudhu’ (palsu) bukan satu perkara yang senang, hanya Ahli hadis yang benar-benar pakar dalam ilmu matan (lafaz) hadis serta perawi hadis. Ulamak telah membukukan hadis-hadis maudhu didalam kitab. Jadi cara mudah untuk mengetahui satu-satu hadis itu samaada ianya benar-benar hadis ataupun bukan hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis maudhu. Antara kitab hadis maudhu’ ialah:-
i . Kitab Al-Maudu’uaat oleh Imam Ibnu Al-Jauzi.
ii . Al-Masnu’ fi makrifatil hadis Al-maudhu oleh Imam Al-Qari.
iii . Al-Laali’ul al-Maudhu’ah fil Ahaadith al-maudhu’ah oleh As-Sayuti.
iv . Al-manaarul muniff fis sohiih wadh dhoi’iif oleh Ibn Qayyim al- Jauziyyah
Walaupun macamanapun ulama hadis telah meletakkan tanda-tanda maudu’ kepada tanda-tanda yang kedapatan pada perawi dan tanda-tanda pada hadis itu sendiri.
Antara tanda-tanda pada perawi:
1 ) Pengaduan daripada perawi itu sendiri.
2 ) Bukti sejarah.Contoh : seorang perawi mengatakan bahawa dia meriwayatkan daripada Abu Hurairah sedangkan dia tidak sempat menemuinya di sebabkan perbezaan zaman.
Antara tanda-tanda pada matan (lafaz dan isi) hadis:
1 ) Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
2 ) Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
3 ) Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
4 ) Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.
Manakala hukum membaca hadis palsu untuk tujuan belajar tidak mengapa.Hukum meriwayat hadis palsu telah disepakati oleh ahli hadis ianya adalah haram.
Prayer Times
Ingat-Mengingat
Links
ATOM 0.3
0 Responses to “”
Leave a Reply