CaMaR : A Journey to be better muslims



Please leave a comment, so far 0 comments


:: Di Bumi Misr ::


Assalamua'laykum warahmatullah ikhwah wa ikhwati ...

Satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan bilamana kaki selamat menjejak tanah anbiya' ini. Bumi di mana Nabi Musa wa Harun menghadapi Firaun.

Suasananya jauh berbeza daripada US mahupun Malaysia. Di sini, timbul keinsafan tentang nasib ummah di seluruh dunia. Sedangkan di Mesir ini saudara-saudara kita telah hidup miskin dan dhaif, apatah lagi yang di Palestine, Afghanistan, Iraq, dan banyak lagi. Di US dan Malaysia, kita boleh dikatakan hidup "mewah". Ada makanan, pakaian, tempat tinggal, dan kenderaan yang cukup. Di sini, even sisa-sisa barangan pun mereka jaja untuk mendapatkan pendapatan.

Walau bagaimanapun, Allah merahmati bumi ini dengan hasil bumi dan tanaman yang melimpah ruah. Buah-buahan dan sayur-sayuran banyak dan dijual dengan murah. Kalau kita gambarkan padang pasir yang kering dan cuaca yang panas, mungkin agak mustahil adanya banyak tanaman seperti ini. Tetapi Allah menciptakan sungai Nil yang besar untuk keperluan hamba-hambaNya di bumi padang pasir ini. Maha Suci Allah -Azzawajall.

MashaAllah...suasana ilmu di sini pun begitu subur. Mengenali azhariah sangat menggembirakan. Alunan Azan kedengaran mendayu-dayu dari setiap masjid dan bacaan al-quran dialunkan di kebanyakan tempat. Berlatih dan belajar al-quran dan bahasa Arab terasa sangat bermakna.

Di masa cuti begini, di masa kita lapang, marilah kita gunakan untuk mendapat manfaat untuk mencapai redha Allah Ta'ala. Terus belajar dan mencari ... inshaAllah


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Pindah Rumah ::


Hari ni dah start nak kene pindah2 sumer
nak masuk Pierce plak sbb Summer Housing ni, Clarke Tower tutup
terasa susah nak kene angkut2 sumer
tiba2 bila bukak usrah-camar ni, teringat pd perpindahan
atau lebih femesnye, penghijrahan Rasulullah dan para sahabat
dari Makkah ke Madinah
meninggalkan rumah sendiri, harta benda sendiri
ni baru nak tinggalkan rumah pinjam kat Clarke
dah rasa tak sanggup sumer..

Pastu terpikir pulak pasal dunia ni
sbg rumah sementara
lepas ni nak pindah ke rumah yg kekal selamanya
dah sedia ke agak2?
bile tanye diri sendiri..
diri sendiri kate, "camni ke nak prepare utk hari kemudian??"
bace2 kisah sahabat...
tak penah rasa bahawa diri ni sanggup hadapi ujian setabah mereka
korban masa dan tenaga semua skali utk Islam
tapi kite hari ni banyak sangat berhabis utk dunia..
akhirat belum tentu

penat angkat2 barang sumer.. terfikir plak lagi
kalau la takde barang sebanyak ni.. takde la penat sangat angkat barang kan?
and that reminds me of perkiraan di hari akhirat
lagi banyak harta dikumpul, lagi la lame perkiraan
akan ditanya dari mana datangnya, dan ke mana perginya
kalau dapat infa' ke jalan Allah, inshaallah selamat kan?
org Islam tak bleh jadi kaya ke?
-- my answer is: kalau pandai spend ke jalan Allah boleh,
kalau takat nak joli katak.. miskin lagi bahagia esp utk masa depan

banyak lagi bende terfikir
and at the same time banyak lagi barang nak kene angkat ni
Sarah pun dah sampai nak check out bilik..
so kene beransur la dulu..

assalamualaikum







Please leave a comment, so far 0 comments


:: SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA ::



1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH



Please leave a comment, so far 0 comments


:: final's over = is it time to rest? ::


Assalamua'laykum

These last few days, I've been thinking of having a great REST after the final's over. However, I got this opportunity to listen to the Imam Muhammad alShareef's lecture. He said that a muslim will not rest in this world. There is not enough time for that. A muslim will only rest in the hereafter.

Opps, what to do?
Forget about planning spending hours and hours for sleeping and playing games.
It is the time to strive harder and harder for the hereafter inshaAllah. Learn the religion, love the Quran, and revive the sunnah. Plus, why dont spend just few minutes to listen to this wonderful lecture? : Imam Muhammad alShareef -In the middle of the night : the sleeping habits of Rasulullah salallahu a'layhi wa sallam


Make du'a, may Allah give us the strength that we always needed to stay focus on this deen.


Please leave a comment, so far 0 comments


:: Usrah Report ::



Sisters

Siri 1

Algebra Tea House
sambil menikmati strawberry-banana-coffee milkshakes yg mai (maizatul) blanje
sume mendengar ngan khusyu'
EZ mengupas topik : perdagangan Rasulullah salallahu a'layhi wa salam ke syams
dengan menggunakan modal dr khadijah radiAllahu a'nh

ditambah dgn point ke-5 dlm saya mestilah Islam dr sudut aqeedah
ganjaran bg org mukmin adalah syurga Allah
kejayaan yang hakiki yang kita semua cari

Siri 2

Arabica Coffee house
seronoknye sisters sume sbb Fariza-naib pres belanja ;)
Wahida pulak kali ni kupas topik perkahwinan Rasulullah dgn khadijah
perbincangan jadi lebih rancak bila ada yang bertanya apa relevan nya dengan realiti kehidupan
bagaimana untuk kita aplikasi kan

disambung dgn point ke-6 dlm saya mestilah Islam dr sudut aqeedah
setiap orang melakukan kejahatan dengan kemahuannya sendiri
buat apa-apa pun, jangan menuding jari ke arah orang lain
setiap org bertggjwb terhdp setiap apa yg dilakukannya


banyak pengajaran dari sedikit kisah hidup rasulullah ni
Rasulullah mmg seorang yang terpelihara
siddiq - fathonah - amanah
kahwin dgn khadijah - seorg wanita mulia dan bijaksana
bukan atas alasan usia-rupa-pangkat-dan darjat
pengajaran buat sisters
contohi khadijah - jadi wanita yg dikenang Nabi dan sejarah
amalkan sunnah Rasulullah - manifestasi kecintaan kita pada Rasul khatimul anbiya'



Last posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives