CaMaR : A Journey to be better muslims



Please leave a comment, so far 0 comments

Assalamu'alaykum warahmatullah brothers and sisters,

Sudah semakin jauh 1 Ramadhan meninggalkan kita
persoalan sudah mendesak diri utk memikirkan
apakah amalan yg sudah aku laksanakan pada bulan yg mulia ini

sabda baginda Rasul s.a.w

"There are three people whose supplications (to God)
will not be rejected: a fasting person until he breaks his fast, a just
ruler and a person who is oppressed."

Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 132

Lihat bagaimana kita pernah dipalingkan syaitan
daripada mengenal siapa tuhan kita dan betapa pemurahNya dia kepada kita.

wajarkah pada masa yg sama kita masih lagi berlaku kejam
kepada diri sendiri dan tidak berdoa kepada Allah
sebaliknya berdoa kepada lecturer utk mendapat markah tinggi
atau berdoa kepada 'vending machine' mengharap sebotol air keluar daripada mesin tersebut.

Apa yg kita lihat bukan semestinya apa yg sepatutnya berlaku
maka nilai ia sebelum bertindak (lihat video sebagai bukti)
yg Islam ajarkan itulah yg terbaik.. selain daripada itu.. cuma kekaburan yg nyata


© Taufiq Hussien





Subject Tazkirah Ramadhan #4


Salam,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Maka, ambillah peringatan. InsyaAllah. :)


regards,

Hairul Azwan Ahmad,
Case Western Reserve University,
1596 E 115th St 301C,
Cleveland OH 44106.
(216) 754 1023




Subject tazkirah Ramadhan #3




Assalamualaikum...tazkirah ramahan sempena utk mereka2(dan diri sendiri) yg stress/frust menghadapi ujian hidup.. renung2kanlah.....

Ujian dari pespektif Islam.
Hidup tak selalunya berjalan seperti ape yg kiter rancang. Kengkadang kiter rase kiter dah rancang elok2 dah plan baik2 dan check peta betul2 tapi last2 sesat juge(cth jerk :)). kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa/kecewa/depress/tension/bengang dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT.

So camana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara/hiba/sedih/pilu. Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran.. Sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya.... segala jawapan ada di dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.
"-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).-
Surah Al-Imran ayat 200


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk-
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....|
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

-Kerm-









Subject Tazkirah Ramadhan #2


-ahha, it's my turn~

Bismillahirrahmanirrahmin, solawatullah a'la rasulillah

Assalamualaykum warahmatullah

Alhamdulillah, masih lagi ada di dalam Ramadhan;bulan interaksi kita dengan diri sendiri dan juga kalamAllahu ta'ala.

Hari ni hari Isnin, rasa macam nak extend jer weekend. Erm.... dalam kita bermalas-malas ni, saya ingin mengingatkan diri sendiri terutamanya dan rakan2 CAMAR tentang firman Allah ta'ala dalam surah al-israa ayat 36-38:

[36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

[37] Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

[38] Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

Moga kita dapat sentiasa mengingatkan diri mengenai pesan Allah ta'ala ini terutamanya di dalam berpuasa kerana puasa kita ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari apa-apa yang dilarang oleh Allah Azzawajall.

Jom kita semua sama-sama berdoa dan berusaha untuk menjadi individu Muslim yang lebih berkualiti!!
Satu request: mohon ampun,ma'af pada semua andai ada salah dan silap selama ini. Lihatlah pada apa yang dikatakan, bukan pada orang yang berbicara.

Allahu ta'ala a'lam
Sudarti Suparmin




Subject tazkirah Ramadhan #1
Assalamualaykum wbt

Alhamdulillah Ramadhan Al Mubarak telah pun seminggu berlalu. Dalam me muhasabah diri ini, Ramadhan penuh rahmat memberi peluang utk kita beribadah dan mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Itulah janji Allah kpd hambaNya yang bertaqwa.
Dari Abu Hauraira ra, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Bila Ramadhan bermula, pintu2 syurga akan terbuka dan pintu2 neraka akan tertutup, iblis dan syaitan akan di rantai" (sahih Bukhari, Book of fasting)

mengulas hadis yg ringkas di atas, tiada sebab maksiat berleluasa di bulan yg mulia ini. Maksiat yg berlaku di sebabkan hawa nafsu yang telah lama berada dlm hati seseorang.Oleh itu di bulan ramadhan inilah kita dpt memperbaiki diri kita ini supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

memetik tazkirah Imam Syeikh Ibrahim (dr Uqbah), iman manusia tidak pernah stabil tapi sentiasa berubah2 sama ada bertambah baik atau buruk. Oleh itu renungilah diri kita, dibulan ini kurangkan lah berkata2 perkara yg sia2, banyak kan berzikir kpd Allah. jagalah pandangan, pendengaran dan perbuatan. Puasa bkn sekadar menahan lapar dan dahaga tp juga menahan diri dr maksiat.

Insya Allah seperti semua sedia maklum daily terawikh diadakan di Clarke 301. sesiapa yg tak dpt ke Uqbah boleh la ke sana . kalau tak boleh jugak, boleh la sembahyang seorang diri di bilik.

semoga Ramadhan kali ini kita di beri taufiq dan hidayah dan ia adalah Ramadhan yg terbaik buat kita.

maaf atas segala dan silap. Selamat berpuasa dan beribadah


Omar Md Arif
~bersama membaiki diri~



Last posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives