CaMaR : A Journey to be better muslims



Niat itu susah

Please leave a comment, so far 0 comments

Malam ni tazkirah agak mencuakkan. A reality check orang kata.
Hadis: niat itu lebih baik daripada perbuatan.
Mungkin translation tak 100% tepat tapi bila imam explain, it all make sense.

Whatever we do, kalau ada sedetik niat untuk diri sendiri atau untuk makhluk, it could void the action altogether.

Contohnya bagi donation. Kalau ada duit mmg senang nak bg donation. But it surely is hard utk niat hanya kerana Allah. Bukan utk other humanly reason. Bukan supaya org kenang jasa or cakap kita baik.

What other example can you think of?


Berbuat baik kepada ibu bapa

Please leave a comment, so far 0 comments

Khutbah jumaat hari ni bertemakan berbuat baik kepada ibu bapa.
Walau macam mana perwatakan ibu bapa kita, kita mestilah menyayangi dan menjaga mereka.

Ada seorang abid ingin sangat berjumpa wali Allah, maka Allah ilhamkan dalam mimpinya untuk berjumpa dengan seorang walinya. Di rumah wali tersebut tiada apa apa yang berbeza pada pandangan abid tersebut. Wali tersebut ke masjid pada waktu solat, pulang ke rumah masuk ke bilik nya, kemudian tidak lama kemudian keluar melayan tetamu. Pada waktu malam wali Allah tersebut tidur sahaja, tidak bangun beribadah sepanjang malam.

Setelah tiga hari dan malam menanti si abid menceritakan mimpinya kepada si wali dan meminta beliau menyatakan rahsia bagaimana menjadi wali Allah.

Maka si wali membawa si abid tadi ke dalam biliknya. Disebalik bilik itu ada sebuah bilik lain, di dalamnya ada orang tua yg bisu, tidak boleh berkata kata lagi (imam guna perkataan 'muted by Allah', dibisukan kot?) Si wali menceritakan bahawa ibu bapanya sangat lantang mencerca Allah swt sehingga Allah menjadikan mereka bisu. Pun begitu dia tetap sentiasa menjaga mereka dengan baik, memberi makan dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

Si abid sungguh terkesan. Dia berluasa setiap hari dan bangun beribadat setiap malam, tapi tidak mendapat penghormatan menjadi wali Allah.

Sama-samalah kita menyayangi ibu bapa kita sepenuh hati.


Please leave a comment, so far 0 comments

Bismillaah Terlalu lama rasanya tidak menyumbang sebarang idea di blog usrah CAMAR ni. jazakAllaahu khair akh Taufiq untuk sumbangan renungan dan peringatan. Memang indah kalau jadi orang yang memberi. Rasa 'kepuasan' dalam diri akan dititipkan Allaah terus ke hati setiap kali kita menjadi pemberi yang ikhlas menolong penerima. Bukankah disarankan agar kita meringankan beban saudara kita? Kita berikan sesuatu yang fizikal, dan Allah akan pulangkan kembali dalam segala bentuk: fizikal, emosi, intelektual, dan spiritual, inshaAllaah. Tidak akan rugi, tidak akan miskin: inilah berbisnes dengan Allaah.


Majlis untuk si mati

Please leave a comment, so far 0 comments

Tadi imam baca hadis tentang majlis untuk si mati. Bukan keluarga allahyarham yg patut berasusah payah tapi kita yang patut bantu.
Rupanya perkara sama berlaku di seluruh dunia. Amalan bermula dari ajaran Hinduism.
Ingatkan di Malaysia saja macam tu.

Bersama lah kita menjauhinya.


Last posts

Prayer Times



Ingat-Mengingat




Links


ATOM 0.3

Archives