Tazkirah #7
Assalamua'alaykum warahmatullah
http://www.biznaseducation.com/koko2003/
Pernah tak berbaris tunggu turn di immegresen? For sure pernah kan masa nak masuk US dulu...
Ha...masa menuggu sejam, dua jam, atau berjam-jam dalam line tu, kita borak-borak dengan kawan, belek2 pasport, pandang kiri-kanan, menguap etc.....akhirnya sampaila turn kita dan pak cik atau mak cik immegresen tu pun copla apa2 yang patut..dan kita selamatlah masuk ke United States of America ni....
Pernah tak terfikir yang sebenarnya kita ni sentiasa berbaris? bukan berbaris cam kat airport tuh atau acara perbarisan masa kat sekolah dulu...tapi kita sedang berbaris dalam death row! ...ishk...Allah ta'ala kata " kullu nafsin zaaiqatul maut.." (3:185). Jadiknya, tak kisah aware atau tidak, prepare ker tidak...sampai turn, kita tinggal sejarah saja atas dunia ni. Tidak semestinya kalau kita diberi sepuluh tahun lagi kita akan better prepare utk maut...jadi-- "sediakan payung sebelum hujan".....
Kebetulan turn saya lagi dan semalam dua orang kawan yang dikasihi pergi menghadap Rabbul a'lamin.
Sesuatu yang sudah cukup untuk jadi tazkirah bagi kita. Banyak peringatan dan pengajaran yang PERLU diambil kala melihat/mendengar orang lain dipanggil pergi. Sungguh rugi dan "buta" orang-orang yang tidak terfikir dan tidak terasa apa-apapun......
Dan ramadhan ini..kehidupan ini...jangan jadi bak pasir di genggaman, dibiar jatuh berguguran tanpa di hargai..
moga ini jadi iktibar dan motivasi kita untuk lebih menghargai ramadhan dan nikmat Allah ta'ala..
Akhir kata, titiplah du'a buat dua orang sahabat kita ini yang lebih dulu menemuiNya.
Yang menunggu giliran,
Sudarti Suparmin
-Andai aku pergi dulu, ma'afkanlah kesalahanku, agar pertemuan di sana nanti tiada sengketa dan tuntutan yang di pinta. Sungguh! Aku tidak mampu untuk itu....
Tazkirah #6
Assalamualaikum..
Sekadar ingin mengingatkan diri sendiri yang leka dan ingin berkongsi dengan rerakan semua..
Sebenarnya bulan ramadhan yg datang kali ini adalah peluang yg telah Allah hamparkan buat kita semua sebagai hambaNya untuk mensucikan diri kita kembali daripada gelumang dosa yg telah kita lakukan. Allah telah pilih kita semua untuk berada dalam bulan ini.Ini bukannya terjadi kerana kebetulan, tapi kerana pilihan Allah.
Sebagai contoh
Orang yg rumahnya ditepi masjid tak semestinya dapat ke masjid jika bukan atas pilihan Allah.
Dan dengan rahmat Allah , insan yg pada fikiran normal manusia biasa tak berkemungkinan ke masjid, InsyaAllah dapat berada di masjid.
So, peluang yg ada didalam genggaman kita ini, janganlah kita lepaskan begitu saja.
ermm..
Kalau dahulunya kita seorang yg susah untuk solat, belajar-belajarlah untuk berubah dan kalau dahulunya kita ini seorang yg selalu berburuk sangka, didiklah hati kita kembali
dan kalau ada salah dan silap kita terhadap yang lain, rendahkanlah ego kita untuk memohon kemaafan. dan kalau kita ini dahulunya seorang yg susah unutk bersedekah, ringan-ringankanlah tangan dan mulut kita untuk bersedekah
kita semua ini kenalah berhijrah ke arah yang lebih baik
Akhir sekali, coretan yg sedikit ini bukanlah berniat untuk mengajar rakan-rakan semua tetapi sekadar peringatan tegas untuk saya sendiri dan nasihat buat rerakan semua.
Cuba rerakan semua lontarkan bola kedinding. Lagi kuat lontaran,lagi kuat lah bola tuu kembali pada kita.
Camtulah jugak konsep tazkirah nie. Selalu-selalu lah ingatkan rerakan yang lain dengan niat agar kita terkesan dengan tutur kata kita. Lagik banyak kita berkongsi nasihat dan ilmu, insyaAllah..lagi banyaklah hati kita akan terkesan dengan kata-kata kita sendiri.
sebagai tambahan ..bacalah attachment tuu...(tazkirah dari Ilmuan Islam )
InsyaAllah
ok
Assalamualaikum
(imran)
0 Responses to “”
Leave a Reply