CaMaR : A Journey to be better muslims
::syaaban yg bersisa ::
from: echo_pena@yahoo.com
Subject: syaaban yg bersisa
To: misg-net@yahoogroups.com
Assalamua'alaykum warahmatullah
Telah maklum bagi kita bagaimana Syaaban menjadi bulan
yang hampir dilupakan oleh umat Islam. Dalam
keghairahan menanti ketibaan Ramadhan, kita lupa
betapa besarnya ganjaran bagi kita pabila mengamalkan
puasa sunat dalam bulan Syaaban ini.
Berpuasa Syaaban merupakan sunnah junjungan mulia
Rasulullah s.a.w. Maka tidak seharusnya kita
meninggalkan amalan yang sebegini besar.
Bagi sahabat di Amerika Syarikat ini, kita dihidangkan
Allah dengan tempoh masa yang singkat untuk berpuasa
pada tahun ini memandangkan ketika bulan Syaaban dan
Ramadhan 1425H, malamnya adalah lebih sekejap
berbanding siang harinya. Bagi segolongan Muslim,
mereka berasa sedih kerana tempoh mereka berpuasa dan
berasa dekat kepada Allah lebih singkat; manakala bagi
segolongan yang lain pula, mereka berasa gembira
dengan kependekan masa untuk berpuasa ini, yang mana
bagi mereka, puasa menjadi satu amalan yang tidak
membebankan mereka.
Dalam golongan mana sekalipun anda berada, usahlah
dilupakan puasa Syaaban. Kerjakanlah sedaya yang
termampu. Jangan pula kita menganggapnya satu
kewajipan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan
untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita dan
menurut panduan dan contoh yang ditunjukkan penghulu
kita, nabi Muhammad s.a.w
Semoga Syaaban yang masih bersisa ini tidak kita
abaikan. Kerana sesungguhnya dalam setahun itu,
Syaaban hanya sekali.
echopena
Prayer Times
Ingat-Mengingat
Links
ATOM 0.3
0 Responses to “”
Leave a Reply